ABAH berjaya tukar duit raya

Orang lain dah tukar duit raya minggu lepas lagi. ABAH pula macam biasalah, malas nak berebut-rebut dengan orang ramai, abah buat rileks baru nak tukar duit raya hari ini.

ABAH pergi ke Maybank Menara PNB, orang kaunter kata duit HABIS!!!

ABAH pun berkeputusan pergi ke Bank Islam di Tabung Haji yang hanya sebelah je daripada pejabat ABAH. Kelihatan agak ramai orang. ABAH tanya kaunter, memang masih ada duit untuk ditukar. ABAH mendapat no giliran 4016 yang ABAH ambil pada jam 9:27 AM.

Orang lain ABAH tengok tebal sungguh bawa keluar sampul berisi duit yang ditukar. Entah beribu-ribu ke yang mereka tukar. ABAH hanya tukar RM500 je, itu pun RM200 tukarkan untuk orang.

Akhirnya, sekitar jam 10:15 AM, nombor giliran ABAH tiba dan ABAH berjaya menukar duit dengan gembira. Selesai satu lagi kerja ABAH sebelum Hari Raya ni.