Jalan Hujung Minggu ke MyTown – Review Kafe Weaning Tots

Taqi, Amir dan Amirah,

Selepas kita sekeluarga menaiki tren sekeliling tingkat 2 MyTown, ABAH membawa kita sekeluarga ke Kafe Weaning Tots. Mencabar sikit sebab Taqi dah agak penat dan kebetulan, tren yang kita naiki berhenti di hadapan Mollyfantasy, taman tema mini yang banyak mainan dan lampu-lampu. Taqi nak ke sana tapi ABAH tidak beri. Akhirnya, ABAH mendukung Taqi ke Kafe Weaning Tots.

Review Kafe Weaning Tots – Sekali Imbas

Walaupun pada asalnya Taqi tak mahu ke kafe ini, tapi, sejurus berada di luar kedai ini, Taqi dah excited nak masuk. Kelihatan gelongsor hijau kelabu serta laluan kanak-kanak yang merangkumi tangga gergasi melalui bahagian atas kedai. Ada juga mainan di bahagian bawah seperti lego, binaan, mainan pasir dan plastisin. Sudah cukup rasanya untuk membuatkan anak-anak leka.

Tak sempat ABAH dan Mama cari tempat duduk, Taqi dah meluru naik ke mainan laluan berhalang dan gelongsor. Waktu kita pergi ni, tak ramai sangat orang, hanya ada seorang bapa dan 2 anaknya. Sekelip mata sahaja Taqi sudah berada di atas. Nasib baik bahagian atas tempat ini ditutupi dengan jaring sepenuhnya, kuranglah sikit risiko anak-anak yang berlari jatuh.

Bahagian Laluan Atas Untuk Kanak-Kanak yang Berjaring Penuh

weaning tots mytown

Kuat betul Taqi dan kawan-kawan berlari-lari turun dan naik gelongsor. Bergegar-gegar gelongsor ni. Sesekali ABAH tengok juga, risau dengar bunyi kuat sangat. Tapi Alhamdulillah, nampak binaannya masih kukuh lagi.

ABAH, Mama, Amir dan Amirah duduk di bahagian dalam restoran sedikit untuk sedikit privasi.

Makanan – Kualiti, Harga dan Pengalaman

Sebagai sebuah kafe atau restoran, nak tak nak, ianya perlulah juga dihakimi dari sudut makanannya.

Secara keseluruhannya, pilihan makanan di sini sekadar OK. Tidaklah terlalu banyak pilihan makanan serta jika ada pun, tidaklah terlalu berlainan antara pilihan yang ada. Kebanyakan menu makanan lebih condong kepada makanan barat seperti sandwich, pasta dan pizza. Namun, antara perkara yang baik dengan kafe ini adalah kafe mempromosi makanan yang sihat. Jadi, kebanyakan makanannya organik (debatable tentang kesan kesihatan), kurang makanan proses serta kurang garam dan gula.

Minumannya juga tiada begitu banyak pilihan. Ada cold pressed juice, smoothie, sparkling water, dan air panas. Hari ini, smoothie tiada sebab habis stok. Satu lagi perkara mengecewakan. Jadi, ABAH memilih air cold pressed juice lady bird juice (campuran tembikai, lemon dan ubi bit merah).

Senarai menu dan harga makanan minuman di sini:-

Halal ke? Secara verbal, restoran ini Halal (tiada babi atau alkohol), walaupun tiada sijil Halal JAKIM (kena fahami sukar dan sangat costly untuk dapatkan sijil Halal JAKIM). Pekerjanya pun majoriti melayu Islam. ABAH tengok juga menunya, dan tiada bahan-bahan haram atau alkohol dalam menu.

Mama order Omega Champion (nasi dan salmon), ABAH order Chicken Licken.

Antara kelainan di sini juga adalah pengalaman kanak-kanak untuk menyediakan makanan sendiri. Di sini, dengan harga RM10, anak-anak boleh menyediakan mini pizza mereka dan boleh merasa sendiri hasil penyediaan mereka.

Waktu menunggu makanan tiba dalam 15 minit. Mujur ada permainan yang cukup melekakan Taqi, Taqi khusyuk bermain dengan rakan-rakan. Berpeluh-peluh Taqi berlari ke sana sini.

Chicken Licken ABAH tiba dulu. Secara amnya, Chicken Licken ni adalah satu set sandwich ayam yang diisi di dalam baguette yang dipotong dalam 6 inci dan disediakan dekan dipotong separuh (3 inci). Ianya dihidangkan dengan hidangan cole slaw yang kelihatan agak menyedihkan.

chicken licken

Rasanya? Baguette dibakar dengan baik dan rangup di luar. Cumanya sepatutnya dibakar lebih lama sehingga keju di dalam lebih cair. Ratio ayam kepada roti agak menyedihkan, kebanyakan masa ABAH hanya mengunyah salad berbanding ayam. Ayamnya pula agak cukup rasa, seasoned dengan garam dan pepper yang agak cukup rasa. Cumanya sebagai orang Asia, ABAH lebih suka kalau lebih rempah digunakan seperti kari dan yang bersesuaian.

Mama punya Omega Champion sampai seketika kemudian. Sekali lihat, nasinya agak kecil portion dan ikannya juga agak kecil. Ikannya sedikit soggy dan tidaklah baked to perfection, seperti yang digambarkan oleh menunya. Namun, menurut Mama, rasanya agak sedap. ABAH tak sempat rasa sebab sibuk nak tengok Taqi bermain.

Minuman kita pula, ABAH sekali rasa macam rasa rumput. Mungkin sebab ada campuran ubi bit merah. Rasa sungguh sihat minuman ini.

Selepas ABAH habis makan, pekerja restoran menghantar tapak pizza, semangkuk kecil sos bolognese, semangkuk kecil sosej ayam serta semangkuk kecil keju mozzarella. ABAH memanggil Taqi yang sedang asyik bermain untuk sediakan pizza. Taqi sangat baik, turun dari gelongsor dan duduk di sebelah ABAH untuk menyediakan pizzanya.

Selepas siap disusun, ABAH memberi pizza ini kepada pekerja restoran untuk dibakar. Taqi kembali bermain sambil menunggu pizza dibakar.

Tak sampai 10 minit, pizza siap, datang dengan sudah dipotong. ABAH memanggil Taqi untuk makan pizza Taqi. Sekali lagi, Taqi sangat baik dan turun, duduk dan makan pizza Taqi.

Pada waktu ini, Amir dan Amirah sudah mulai letih. ABAH dan Mama sudah masukkan Amir dan Amirah dalam SSC. Sekejap sahaja Amir dan Amirah tertidur lentok dalam pelukan Mama ABAH.

Amirah

Masa Untuk Pulang

Selesai Taqi habiskan mini pizza Taqi, masa untuk kita pulang. Sebelum pulang, ABAH dan Mama nak mencari Tealive untuk diminum. Taqi pada awalnya tak mahu untuk keluar. Mungkin terlalu seronok bermain di dalam restoran ini. Tapi ABAH memujuk (dan mengangkat) Taqi untuk keluar. Di kaunter bayaran, Taqi ternampak satu set aktiviti berwarna yang berharga RM15, ABAH tahu kali ini Taqi minta untuk menunjukkan protes. ABAH tidak benarkan. Taqi baring di lantai tanda protes. Waktu itu ABAH dan Mama sudah sangat letih.

ABAH angkat Taqi (sambil carry Amirah di hadapan) menjauhi kedai itu. Setelah agak jauh, barulah Taqi ok sedikit, itupun protes apabila tak mahu jalan berdekatan ABAH dan Mama.

Kesimpulan Review Kafe Weaning Tots

Secara umumnya, kami akan datang lagi ke sini, tapi bukan untuk makanannya, tapi kerana kemudahannya yang melekakan kanak-kanak dengan aktiviti fizikal.

Makanan: 3/5

Harga: 2/5

Aktiviti Anak: 4/5