Aktiviti Membaca Sekeluarga

Taqi dan Buku

ABAH masih ingat lagi Taqi ketika masih kecil lagi (kurang setahun), pantang sahaja nampak ABAH baca buku, Taqi mesti nak join sekali, atau Taqi akan ambil buku Taqi nak baca sekali.

Rutin aktiviti membaca sekeluarga ni kita teruskan juga walaupun Taqi tidak pandai membaca lagi. ABAH dan Mama percaya, langkah pertama untuk pandai memabca adalah dengan suka membaca. Dan untuk suka membaca, perlulah sekurang-kurangnya suka berinteraksi dengan buku.

Tapi selepas kelahiran Amir dan Amirah, rutin kita ini sudah semakin dilupakan. ABAH dan Mama terlalu sibuk dan penat menguruskan adik-adik yang kecil, sehinggakan waktu malam Taqi selalu Taqi habiskan berseorangan, samada menulis (bahasa unik Taqi), main permainan di ruang tamu atau menonton Youtube di TV menggunakan Chromecast. Memang ABAH dan Mama pun terasa masa bersama Taqi sudah semakin berkurangan. ABAH dan Mama percaya, masa dengan anak penting kedua-dua Kuantiti dan Kualiti.

Mencari Masa Untuk Aktiviti Membaca Sekeluarga

Dua tiga hari ini, seperti hari kita berjalan di MyTown, Taqi agak cranky dan kerap tantrum. Hari ini, Mama di rumah berusaha sedaya upaya melayan Taqi dan tidak memarahi Taqi. Dan betul, kesannya, Taqi sangat mengikut kata hari ini, tidak cranky dan sangat baik. Mood Mama pun bertambah baik sebab Taqi berperangai baik. Ditambah pula, hari ini Taqi tidur tengahari selepas pulang dari school dalam 2 jam tempohnya.

Disebabkan Taqi bangun daripada tidur jam 4 petang, ABAH menganggarkan Taqi akan tidur pada jam 10 malam. Cumanya, untuk elakkan Taqi overtired atau melayan mata yang segar, menjelang jam 8 malam, selepas solat Maghrib, kita sekeluarga duduk di dalam bilik, pintu bilik dikunci dan ABAH mengajak Taqi membaca buku cerita. Taqi membalas dengan gembira sekali. ABAH meminta Taqi mengambil satu buku pilihan Taqi. Taqi pun ke almari buku dan kembali dengan satu buku bertajuk “the Fairy Tale Secrets”.

Buku ini mengisahkan kisah-kisah watak-watak popular kisah kanak-kanak seperti Cinderella, Snow White, Jack and the Beansprout, 7 Dwarves serta Robin Hood. Cumanya, daripada menggambarkan watak-watak antagonis dalam cerita-cerita itu sebagai orang jahat, kisahnya ditukar lebih harmoni. Contohnya, Red Riding Hood rupanya berkawan baik dengan Serigala. Lebih seronok dan harmoni untuk Taqi baca.

Amir dan Amirah turut serta di sebelah ABAH dan Taqi. Amirah macam nak taknak je dengar sambil mengunyah mainan lembut di tangannya. Amir excited tengok buku, tapi tangannya tak habis-habis nak kunyah buku di tangan ABAH. Teringat artikel mengenai Mengapa Anak kecil tidak suka membaca buku. Taqi yang paling excited. ABAH tanya warna baju Red Riding Hood, Taqi jawab “red” dan macam-macam lagi.

Selesai buku pertama, ABAH pergi ambil salmon ABAH yang ABAH panaskan menggunakan airfryer. Taqi mengambil buku pilihan Taqi seterusnya. Kali ini buku berkenaan pengembaraan kanak-kanak dalam mencari ‘treasure’. Ada banyak juga gambar-gambar haiwan yang kita pelajari seperti frog, bear dan sebagainya.

Selesai membaca bersama, kita bersiap-siap nak tidur. Taqi menjadi sangat manja dengan Mama, sebab diberikan secukup perhatian rasanya. Mama sangat terharu dengan Taqi.

Malam ini, ABAH tidurkan Amir dan Amirah dalam jam 9 malam, dan Taqi ditidurkan oleh Mama dalam jam 10 malam. Good Night anak ABAH!

Comments

comments