Mencari Masa Untuk Menulis

Taqi, Amir dan Amirah,

Sejujurnya, minggu ini ABAH dan Mama agak sibuk dan keletihan. ABAH dengan kerja di pejabat ditambah kerja membantu perniagaan Mama dan Mama sudah tentu sibuk menguruskan operasi perniagaan. Kita banyak spend masa bersama, tapi, ABAH sukar untuk mencari masa menulis bagi menukilkan kenangan kita bersama.

Ahad, 30 Julai 2017

Taqi, Amir dan Amirah mengikut ABAH dan Mama ke TCE Baby Expo di Mid Valley Megamall. Lebih kurang jam 10 pagi, kita bertolak menaiki kereta keluarga kita ke Mid Valley. Seperti biasa, ABAH memandu mengikut lebuhraya Besraya, masuk ke Jalan Istana dan terus ke Lebuhraya Persekutuan. ABAH menarik nafas lega apabila dilihat trafik memasuki Lebuhraya Persekutauan agak lancar, jauh berbeza apabila kita melalui jalan yang sama semalam untuk menghadiri walimah Uncle Hizami di Damansara.

ABAH dan Mama ke Mid Valley untuk melihat booth beg Natural Moms yang diedarkan oleh syarikat keluarga kita. Mid Valley Exhibition Centre terletak di tingkat atas sekali pusat beli belah ini. Dan trafik nak masuk ke lebuhraya pun agak lancar. Mama mencadangkan kita letak kereta di Zon G (tingkat atas), kerana pintunya lebih dekat dengan exhibition centre dan boleh terus ke tingkat atas lokasi exhibition centre ini.

Kita dapat juga parking kereta di tingkat 6 rasanya. Baru sahaja ABAH nak angkat Amir, ABAH terhidu bau masam. Amir berak? Lalu kita mengambil hampir 10 minit juga untuk menyalin lampin Amir di tempat duduk belakang kereta.

ABAH dan Mama membawa 8 beg galas Natural Moms ke expo. Bayangkan, ABAH carry Amir, Mama carry Amirah sambil tangan penuh dengan 8 beg galas Natural Moms sambil tangan sebelah pimpin tangan Taqi supaya tak terlepas.

Seperti dijangka, sungguh ramai orang di expo baby ini. Rasanya setiap kali baby expo pun akan sesak begini. ABAH begitu berhati-hati supaya tangan Taqi tak terlepas. ABAH dan Mama risau juga dengan penyakit-penyakit waktu ramai orang ini. Setelah bersesak-sesak berjalan dalan dewan expo tu, kita sampai juga ke booth Natural Moms. Di situ, ABAH terjumpa junior ABAH di UK dulu, Uncle Che Ku (CK) dan isterinya Aunty Nadzirah. Sempatlah juga berborak-borak. Cuma ABAH kurang fokus bila Taqi mengamuk nak kasut baru. Taqi asyik cuba nak lepaskan tangan ABAH sahaja.

Dalam Dewan Expo

ABAH dan Mama bercadang alang-alang kita ke sini untuk bisnes, apakata kita spend lebih masa untuk berseronok sekeluarga? Jadi, kita keluar daripada dewan expo yang sesak itu menuju ke Tealive kegemaran Mama. Mama order ‘Large Pearl Milk Tea, slight sugar, half ice’, ABAH ‘Large Milk Tea half sugar, half ice’ dan Taqi ‘Regular Non-Sparkling Mango with Pearl and Jelly, half sugar, half ice’. Dalam 20 nombor juga perlu beratur untuk dapatkan order kita. Sambil-sambil Mama beratur menunggu, ABAH pergi membeli Takoyaki Gindaco. Gindaco dan Tealive ni kepunyaan syarikat yang sama, Loob Holdings.

ABAH beli 8 ketul takoyaki original. Dalam setiap takoyaki ini ada secebis (dalam 2 cm) sotong kurita (octopus). Sedap dimakan panas-panas. Yang istimewa dengan Gindaco ni, pertama, saiz takoyakinya besar, kedua, memang bila masuk dalam mulut, seperti mencair waktu dimakan.

Selepas makan Takoyaki, ABAH ajak Taqi makan aiskrim McDonald yang hanya terletak di hadapan Gindaco. ABAH beli aiskrim untuk Taqi sahaja. Mama saja nak uji Taqi dengan minta Taqi kongsi sikit. Taqi sangat sweet apabila menghulurkan aiskrim untuk Mama makan. Anak ABAH dah besar dan sangat baik.

Lepas Gindaco, kita pergi makan tengahari di Carl’s Junior. Mama taknak makan, sebab dah kenyang. Jadi, hanya ABAH je order makanan ABAH, satu set dengan kentang dan air. Kelebihan Carl’s Junior ni daging dan kentangnya lebih segar. Air berkarbonatnya pula boleh refill tanpa had. Tapi tak sihat la.

Menjelang tengahari, kita beransur pulang ke rumah, keletihan. ABAH pun menyedari yang masa ABAH bersama keluarga sudah hampir tamat, sebab esok dah nak pergi

Comments

comments