Trip Last Minute ke Port Dickson: King’s Char Kuey Teow Port Dickson

Char Kuey Teow Port Dickson?

Penat betul anak-anak ABAH bermain di Pantai Teluk Kemang. Ketiga-tiga anak ABAH tertidur dalam perjalanan ke hotel kita, D’Wharf Residence di PD Waterfront. Sekitar jam 7 malam tadi.

Dalam perjalanan pulang ke hotel, jalan agak sesak, sebab hujung minggu rasanya. Dalam kita melalui jalan Pantai itu, ketika kereta bergerak perlahan, Mama nampak satu kawasan restoran yang agak ramai orang. King’s Char Kuey Teow Port Dickson tertulis. Wah nampak sedap. Mama pun ajak ABAH makan di situ, tapi selepas kita mandikan dan siapkan Taqi, Amir dan Amirah.

King’s Char Kuey Teow Port Dickson

Sekitar jam 8.30 malam, kita bertolak mencari makan malam di King’s char kuey teow Port Dickson. Dalam 20 minit, sampailah kita sekitar tempat Mama nampak tadi. Memang, punyalah ramai orang. Parking pun ABAH terpaksa pusing satu kedai baru terjumpa satu ruang parking kosong. Parking di sini banyak, tapi sebab pelanggan pun ramai, maka, masih kesukaran mencari parking.

Suasana di sini nampak meriah walaupun malam hari. Nasib baik ada meja kosong untuk kita sekeluarga duduk makan malam. Tidak lama selepas kita duduk, datang waiter untuk ambil pesanan makanan dan memberikan menu makanan.

Gambar kredit TripAdvisor

Review Makanan

Of course kita tidak mencuba semua makanan sebab ada dua orang je yang betul-betul makan. Jadi, kami tanyalah waiter tu apa yang special di sini. Akhirnya, ABAH order char kuey teow chicken chop dan mama order chicken chop seafood.

OKlah rasanya, sedap dan menyelerakan. Harganya sebenarnya agak mahal, dalam RM7-RM15, tapi maklumlah, kawasan pelancongan. Ini memang standard harga makan di sekitar Port Dickson.

Amir dan Amirah makan bubur bekal yang Mama masak, Taqi macam biasalah, tak sampai 10 minit dah nak berlari. Huhu.

Kita pulang ke hotel dalam pukul 9:30 malam. Perut kenyang, badan letih, semua anak-anak ABAH tidur dengan nyenyak malam ni. Sweet dream semua!

Comments

comments