Trip Last Minute ke Port Dickson: Review D’Wharf Hotel & Serviced Residence

Perjalanan ceria kita ke Port Dickson akhirnya berakhir dengan ABAH akhirnya boleh berehat apabila kita sampai ke hotel yang ABAH tempah dari booking.com: D’Wharf Hotel & Serviced Residence. Asalnya ABAH cemas sebab tidak banyak review D’Wharf Hotel ini serta ini bukannya hotel dengan rangkaian yang terkenal, jadi, adalah sedikit cemas andai hotel ini teruk.

Tapi bila lihat sebuah bangunan baru 2 blok tersergam indah di hadapan, ABAH sedikit lega. Namun, masih tidak tahu bagaimana di dalamnya.

review dwharf hotel

Review D’Wharf Hotel & Serviced Residence

1. Lokasi

Hotel ini terletak di PD Waterfront, sebuah kawasan perdagangan yang dibina di tebing pantai. Kawasan ini kelihatan agak baru dengan deretan rumah kedai yang menghiasi pemandangan.

D’Wharf Hotel ini pula secara spesifiknya berada betul-betul di hujung jalan di mana berhadapan dengan tebing pantai. Tapi pantainya kelihatan berpagar dengan kawasan pejalan kaki dan kawasan boleh beristirehat sekeluarga. Kalau nak pantai berpasir, sini bukan tempatnya.

2. Kemudahan sekitar

Ini memang tak perlu risau. Kalau makanan, depan je hotel ini ada McDonald’s 24 jam, Kenny Rogers dan Starbucks. Bank-bank utama juga banyak terdapat di kawasan waterfront ini, jadi mudah nak ambil wang kalau kehabisan.

3. Parking

Parking bertingkat yang agak banyak terdapat di sini. Cumanya, ada sedikit kekeliruan. Lobi untuk check in berada di tingkat 3. Parking pula, ada dua jalan: ke kiri atau terus. Tidak ditulis dengan jelas ke mana untuk guest hotel pergi. Jika ke kiri, kita perlu berpusing banyak ramp sebelum sampai ke tingkat 3. Sebaliknya, kalau terus, ramp itu ekspres terus menuju ke lobi hotel.

Parking percuma untuk guest dan ruang parking sangat banyak.

4. Kemudahan Dalam Hotel

Tak banyak yang sempat ABAH Mama tengok, tapi yang terpenting adalah swimming pool! Hari pertama ABAH sampai, ABAH lihat dari tingkat 5 bangunan swimming pool tersergam indah di bahagian common area hotel. ABAH plan nak bawa Taqi, Amir dan Amirah mandi sini esok pagi. Petang ni kita main pasir dulu ye.

5. Sarapan

Sarapan disediakan di ruang Ground Floor hotel. Makanan seperti biasa, ada nasi lemak, rendang ayam, mi goreng, western dsb. Tidak begitu banyak pilihan, tetapi cukup untuk mengenyangkan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, review D’Wharf Hotel & Serviced Residence ini ABAH bagi 4 daripada 5 bintang disebabkan lokasi, serta kemudahan dalam hotel.