Trip Last Minute ke Port Dickson: Perjalanan Yang Ceria

Dah hampir 3 bulan juga tak update blog ni. Tapi trip last minute kali ini ABAH rasa perlu update sebab sangat seronok.

Trip Last Minute Yang Tidak Dirancang

Kurang seminggu yang lalu, mama ajak ABAH untuk pergi bercuti hujung minggu ke mana-mana yang ada pantai. Tujuan utama nak perkenalkan Amir dan Amirah kepada pasir pantai. Sejak kecil Amir dan Amirah tak pernah menjejakkan kaki ke pasir pantai, apatah lagi bermain pasir di pantai. Tujuan seterusnya adalah untuk meluangkan masa bersama Taqi. Dua tiga hari ini ABAH dan Mama sibuk uruskan bisnes sampai tak sempat bermain lama dengan Taqi. Dan sudah tentu tujuan lainnya adalah untuk ABAH dan Mama berehat sejenak dari tugas seharian.

ABAH dan apply cuti mandatori ni sejak hari Selasa lagi, tapi sampai ke hari Sabtu waktu kita nak bertolak ini, bos ABAH masih belum luluskan cuti ABAH.

Pagi Sabtu Yang Tenang

Disebabkan kita hanya boleh check-in pada pukul 3 petang ke atas, jadi, pagi itu berjalan dengan tenang. Pada jam 8:50 pagi kita pergi bersarapan di restoran yang biasa kita pergi di Pandan Indah itu. Menjelang jam 10 pagi, kita kembali ke rumah. ABAH dan Mama tidaklah berehat mana kerana perlu untuk menyiapkan anak-anak serta barang-barang. Lampin Taqi, Amir dan Amirah dimasukkan memenuhkan beg. Tidak dilupa baju mandi Taqi serta pakaian-pakaian extra anak-anak. Maklumlah, Taqi, Amir dan Amirah selalu bocor lampin sampai basah baju.

Walaupun ABAH asalnya target kita bertolak pada jam 12 tengahari, tapi setelah berhempas pulas, akhirnya, kita berjaya untuk memulakan perjalanan pada jam 12.40 tengahari, 40 minit lambat dari sasaran. Tapi memandangkan ABAH dan Mama bersama 3 orang budak kecil, itu pun sudah kira cukup baik.

Baru sahaja kita keluar ke lebuhraya MRR2, Mama teringat yang dia lupa nak bawa beg Natural Moms Black Stone ke PD. Penting sebab nak banyak bergambar dengan produk baru ini alang-alang kita bercuti. Jadi, ABAH pun terus masuk kembali ke Ampang menuju ke kedai Cozy Lady, sebab lebih mudah dan cepat untuk sampai. Maklumlah, hari Sabtu, di Ampang ni memang agak sesak.

Alhamdulillah, 1.24 petang kita berjaya juga betul-betul meneruskan perjalanan.

Di awal perjalanan, anak-anak ABAH banyak betul berbunyi. Taqi di depan menyanyi dicampur adik-adik yang kelaparan di belakang. Ni videonya:-

Perjalanan juga agak sesak, bermula dengan kesesakan di MRR2, sampailah masuk ke PLUS. Setelah tol Sungai Besi, kereta kita meluncur laju, sehinggalah kembali sesak sekitar Nilai. Waktu ni Amir dan Amirah sudah tidur, Taqi pula sudah senyap sikit keletihan.

Di sekitar susur keluar ke Seremban, semua dalam kereta sudah tidur. Tinggal ABAH keseorangan memandu, seperti biasa. Kadang-kadang rasa mengantuk juga sebab jalan yang sangat perlahan. Namun, keadaan kembali lancar setelah jalan mengecil dari 4 lorong kepada 3 lorong.

Jam 2:40 petang, kita sudah sampai ke susur keluar tol Port Dickson. Anak-anak masih tidur. Kelihatan kereta sesak hendak melalui plaza tol Port Dickson. Hampir 30 minit juga kita berada di Plaza Tol ini akibat kesesakan yang teruk.

ABAH dah letih ni memandu hampir 2 jam. Tak sabar nak sampai ke hotel nak berbaring.

Comments

comments