Big Bad Wolf 2017 – Syurga dunia bagi kanak-kanak

Big Bad Wolf 2017 adalah satu jualan buku murah secara longgok yang terkenal di Malaysia. ABAH dan Mama mula diperkenalkan dengan pesta buku Big Bad Wolf ini seawal 2011, selepas pulang dari UK dulu. Memang zaman tiada anak-anak, ABAH mema rajin ke sana. ABAH Mama berhenti sekejap dari ke Big Bad Wolf setelah kelahiran Taqi. Sempatlah bawa Taqi sekali ke BBW pada tahun 2015, setelah Taqi sudah hampir 2 tahun.

Pesta Buku Big Bad Wolf 2017

Amir dan Amirah sudah berumur satu tahun. Sudah nampak kegemaran dan hobi masing-masing. Satu persamaan Amir Amirah dan Taqi adalah suka membaca. Kan setiap malam rutin kita membaca bersama ABAH?

Tahun ini, Big Bad Wolf 2017 diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) yang terletak di Mines City, Seri Kembangan. Memang dah bertahun-tahun BBW diadakan di sini.

Big Bad Wolf 2017 diadakan 24 jam, termasuk tengah malam dan awal pagi. Kesukaran ada anak kembar ini adalah untuk membawa kesemua mereka ke tempat yang ramai orang. Jadi, Mama datang dengan idea. ABAH ambil cuti sehari, dan Mama membawa Taqi sahaja ke Big Bad Wolf 2017, manakala ABAH menjaga Amir dan Amirah di rumah.

Awal juga Mama dan Taqi bertolak ke BBW2017, takut trafik dan tiada parking katanya.

Laporan yang ABAH Terima

Disebabkan ABAH tak ikut sendiri ke BBW2017, tak tahu juga bagaimana suasananya. Tapi ABAH cukup gembira bila dapat update daripada Mama. Taqi kelihatan sangat seronok membaca buku-buku baru.

Akhirnya, total yang Mama belanjakan di BBW2017 adalah sekitar RM700+/. Jangan lupa simpan resit untuk rebat cukai pendapatan!

Tips ke Big Bad Wolf 2017

Setelah beberapa kali ke BBW, ABAH nak kongsikan tips untuk memudahkan kehidupan:-

  1. BBW setiap tahun ada buku dengan tema berbeza. Contohnya, tahun ini, banyak buku kanak-kanak berbanding buku lain.
  2. Elakkan menggunakan stroller bagi yang ingin datang dengan anak-anak kecil. Keadaan yang sesak, terutamanya hujung minggu ditambah pula sukar nak pilih buku-buku sambil jaga keselamatan anak-anak. Seeloknya, bawa anak dalam baby carrier seperti SSC dan sebagainya. Tangan ibu bapa boleh lebih meliar memilih buku tanpa perlu risau keselamatan anak-anak.
  3. Simpan resit dengan baik untuk rebat potongan cukai pendapatan

Akhir sekali, jangan jadi ‘Tsundoku’. Apa itu tsundoke? Ianya sebuah terma Jepun yang menerangkan sikap suka membeli buku tetapi tidak membacanya. Buku-buku adalah bermanfaat selagi kita membacanya.

Selamat membaca!