Memaging di Restoran JAHHET Ampang

Restoran JAHHET Ampang

ABAH adalah seorang penggemar masakan berasaskan daging. ABAH lebih gemar daging lembu dan kambing berbanding ayam. Antara semua masakan daging, ABAH paling suka makan steak daging, mudah dan memfokuskan daging berbanding benda lain.

Tengahari ini, ABAH kelaparan. Mama sudah ada set makan tengahari diet beliau. ABAH tiba-tiba rasa nak makan steak. Jadi, ABAH pun mengajak Mama dan anak-anak untuk makan di Restoran JAHHET Ampang, yang terletak di Taman Nirwana, berdekatan dengan sekolah Taqi.

Makan Tengahari

Mama dah siap-siap makan tengahari diet beliau di rumah. Kemudian, ABAH dan Mama gigih menyiapkan semua anak-anak untuk keluar. Hari ini kita tidak keluar berjalan lagi walaupun hari Ahad. Alhamdulillah, trafik di Ampang hari ini agak lancar, maklumlah hari Ahad. Perjalanan ke restoran JAHHET Ampang hanya mengambil masa 12 minit sahaja.

Landmark Restoran JAHHET Ampang? Boleh cari Restoran Thaqwa atau restoran Fatimah Ghouse.

Untuk memudahkan, ini adalah lokasi JAHHET Ampang di Google Maps:

Tema dan cara memesan makanan di sini adalah tengok dan pilih jenis daging serta harga yang telah tertera. Harga yang ditulis di bungkusan daging itu termasuk harga dimasak ditambah dengan 2 hidangan sampingan (sides)

Halal wagyu

Terdapat banyak pilihan daging antaranya wagyu, kobe, angus untuk daging lembu dan pilihan daging kambing termasuk pilihan cara potongan seperti rib eye, sirloin dan banyak lagi. Apa beza jenis-jenis potongan ini? Ianya adalah bergantung kepada bahagian mana lembu daging ini diambil. Sebagai ringkasan, boleh rujuk carta daging ini:-

beef steak chart

Pastikan pilihan kena dengan bajet kerana daging-daging ini bukan murah! Kesemua daging-daging ini diimport dan jangan risau, walaupun diimport, kesemua daging ini dijamin HALAL!

Pilihan ABAH? ABAH memilih daging Wagyu Australia dalam lingkungan harga RM100.

Steak ABAH selepas Dimasak

Tadaa, inilah rupanya steak wagyu beef ABAH selepas dimasak:

restoran jahhet ampang

Nampak menyelerakan tak? Servis ini agak cepat mungkin kerana tiada pelanggan lain waktu kita datang ke sini. Hampir 15 minit sahaja order ABAH sampai untuk dimakan. ABAH minta dimasak secara medium well. Apa maksud medium well? Ianya adalah kadar daging dimasak. Carta berikut menerangkan:-

Kredit: YunoInfo

Kelebihan Restoran JAHHET Ampang

1. Parking yang banyak, dan percuma

ABAH pernah sekali makan di Me’nate Ampang, parkingnya punyalah susah dan selalu padat, sebab bertentangan restoran tu adalah deretan gerai makan lain. Di JAHHET ni, parking agak lengang, ABAH boleh siap parking di depan kedai betul. Di samping itu, kawasan parking sini adalah percuma, malah percuma pada hari bekerja sebab bukan parking di bawah seliaan MPAJ.

2. Suasana (ambience) yang lebih selesa

Suasana di JAHHET ni selesa, tidak penuh orang. Tak pasti samada waktu kita sekeluarga datang je ke keadaan ni, tapi dah 2 kali kita ke sini, suasana di sini sangat selesa, tidak bising, dan sangat tenang untuk menikmati masakan dagingnya.

3. Servis yang pantas

Mungkin disebabkan faktor kurang orang di sini, servisnya pun sangat pantas. Selepas memilih daging dan diserahkan kepada staff kedai, dalam 10 minit sahaja daging ABAH dah sampai dan dimasak sempurna mengikut wellness yang diinginkan.> Tak perlu tunggu lama, perut pun sudah lapar.

Kesimpulan

Ringkasnya, ABAH sangat berpuas hati dengan restoran JAHHET Ampang dan sangat recommend semua kenalan untuk ke sana. Tapi harus beringat, makanan di sini bukannya murah. Jadi, bagi sesiapa yang peminat daging dan mempunyai bajet lebih, bolehlah datang ke sini untuk menikmati makanan dan servis yang tip top.

Alamat Restoran:

JAHHET Taman Nirwana,
20, Jalan Nirwana 38,
Taman Nirwana, 55100 Kuala Lumpur,
Selangor

Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit/debit mahupun online banking.