Breakfast Dengan Atok Di Restoran Dlaila Bukit Indah

Semalam, ABAH menelefon Atok Mak. Rupa-rupanya, semalam (Sabtu), Atok Mak kamu sepanjang hari duduk di Seri Kembangan, rumah Granny Ngah kamu semua. Granny Ngah merupakan kakak kepada Atok Mak. Selain Granny Ngah, turut ada Granny Bongsu Zihan dan Granny Bongsu Lela.

Disebabkan Atok Mak berada di Seri Kembangan sepanjang hari, tidak dapatlah kita melawat Atok dan Atok Mak di rumah Kosas. Atok Mak memaklumkan ABAH yang ketiga-tiga beradiknya itu akan bermalam di rumah Kosas. Jadi, ABAH bertanya Atok Mak kamu apa rancangan sarapan esok, dan nampaknya Atok Mak masih tiada rancangan. Atok Mak mencadangkan untuk sarapan bersama di restoran D’laila di Bukit Indah.

Kalau ikut sejarahnya, restoran ini memang dari ABAH kecik lagi Atok kamu suka membawa ABAH adik beradik ke sini. Restoran ini restoran Melayu, jadi, sarapannya juga pelbagai makanan melayu seperti nasi lemak, ansi goreng, soto, lontong, roti jala, tapai dan sebagainya. Selain itu, ada juga roti canai bagi siapa yang berkeinginan.

Pagi Yang Rushing

Pagi ini, Amir dan Taqi seperti biasa bangun awal sekitar jam 7 pagi. Bangun je terus mencari mainan di ruang tamu. Habis basikal dan kereta mainan di luar menjadi mainan. Amirah bangun lewat sikit dan terus menangis sambil keluar bilik. Mungkin menangis sebab abang-abangnya main tinggalkan dia. 5 minit lepas join Amir dan Taqi, terus baik Amirah.

ABAH menelefon Atok dan tanya macamana rancangan. Atok Mak kata sekitar jam 8 pagi jumpa terus di restoran D’Laila Bukit Indah. Maka, bertungkus lumuslah ABAH dan Mama memandikan anak-anak semua dan memakaikan baju yang cantik-cantik. ABAH pakaikan Taqi baju t-shirt biru dan Amir Amirah dengan t-shirt Phuket coklat yang Atok belikan.

Dalam pukul 8:20 juga baru kita tiba di restoran. Kelihatan Atok, Atok Mak, Granny Ngah, Granny Bongsu Zihan dan Bongsu Lela sudah book meja kita sebaris panjang. ABAH ambil kerus baby untuk Amir dan Amirah. Taqi duduk sebelah Mama dan Granny Busu Lela.

Mama ambil soto untuk Mama dan Taqi. Untuk soto Taqi, Mama letak banyak telur rebus, sebab semua anak-anak ABAH suka makan telur. Lepas Mama selesai ambil makanan, ABAH pula pergi menjenguk makanan apa ingin dimakan untuk sarapan. ABAH mengambil nasi lemak dan sedikit lauk rendang ayam (sebab tiada ayam goreng) lalu kembali ke meja makan. Taqi nak pesan air tembikai, tapi orang kedai kata pagi ni tiada lagi tembikai. ABAH lalu memesan untuk Taqi air jus epal dengan sangat sedikit gula. Memang ABAH tak biasakan anak-anak makan manis, sebab gula ni boleh ketagih! ABAH pula pesan teh ais kurang manis, seperti biasa.

Cabaran utama waktu kita sekeluarga keluar makan adalah anak-anak yang cepat bosan. Amir lebih lagi, biasanya Amirlah yang melompat keluar dulu dari kerusinya. Tapi pagi ini nampaknya setelah 20 minit, Amir masih maintain cool, mungkin sebab ada ramai yang tak dikenali duduk bersama di meja. Amirah, seperti biasa, muka masam mencuka sebab tengok ramai orang tak dikenali. Atok nak ambil dukung dia pun tak bagi. Amir OK sikit, dah 10 minit dah jadi mesra, dengan Granny pun mesra juga. Taqi pula, asyik nak bercerita. Atok pun minta Taqi baca menu-menu yang ada di dinding restoran. Taqi dah sangat lancar membaca. Anak ABAH pandai sangat.

Menjelang jam 9 pagi, setelah puas berborak dan bermain dengan cucu-cucu sedara, kita beransur meninggalkan restoran. Nampaklah kegeraman Granny terhadap cucu-cucu sedaranya. Amir mesra bila didukung Granny Bongsu Zihan, siap teput tangan. Amirah sampai ke habis mencuka muka.

Lepas bersalaman, kita berpisah dengan Atok. Kita nak bergerak ke Butik Cozy Lady dan Atok satu kereta kembali ke rumah Kosas.