Trip Bandung – Apa Fasiliti di KLIA2?

Alhamdulillah, kita selamat tiba di KLIA2 dengan menaiki teksi dan beg selesai didaftarkan.

Disebabkan ini merupakan kali pertama kita ke KLIA2, ABAH nak catatkan apakah kemudahan atau fasiliti di KLIA2 ini.

Sejarah KLIA2

KLIA2 siap dibina dan mula beroperasi pada tahun 2014. Menurut maklumat daripada sumber awam, kos membina KLIA2 menelan belanja sehingga RM4 billion. Sebelum ini, kalau nak naik kapal terbang Air Asia, perlulah ke terminal kos rendah LCCT. ABAH pernah juga beberapa kali ke LCCT ni, dia macam gudang betul, dengan kedai-kedai pun serupa stesen bas sahaja.

Mulai Mei 2014, kesemua operasi Air Asia telah berpindah ke KLIA2 dari LCCT.

Fasiliti di KLIA2

Sudah tentu banyak points di sini adalah perbandingan yang ABAH lakukan dengan LCCT dahulu. Sebagai sebuah hub kos rendah, sebenarnya KLIA2 sudah cukup baik dan menyelesakan.

1. Moden dan selesa – Berbanding LCCT yang macam gudang simpanan barang yang panas dan padat, KLIA2 kelihatan gah dari luar. Masuk sahaja ke ruangan lapangan terbang, sudah terasa sejuknya daripada aircond dalam lapangan terbang.

2. Membeli belah – berbanding LCCT dahulu yang terhad pilihan makanan, kalau ada pun, makanan biasa tapi dengan harga yang mahal, KLIA2 dilengkapi dengan pilihan makanan yang banyak. Disebabkan kebanyakan yang ada ni pun adalah jenama yang mempunyai chain, harganya juga tidak berbeza dengan kedai di luar. Nama kawasan membeli belah ini adalah Gateway@klia2, sebuah kawasan luas yang mempunyai pilihan barangan untuk dibeli. Kalau datang KLIA2 nak beli barang pun boleh diterima akal.

3. Banyak tempat duduk – Di luar kawasan check in dan jalan sepanjang terminal juga banyak kerusi, malah dengan tema berlainan. ABAH pelik juga, sebab tempat duduknya banyak dan cantik-cantik pula, tapi ada ke orang yang nak duduk-duduk lepak terutamanya tempat duduk yang masih jauh daripada terminal.

4. Kawasan Check In luas – Memang dibandingkan dengan LCCT, kawasan check in di KLIA2 ini jauh lebih luas dan selesa. Cumanya, disebabkan Air Asia mewajibkan self check in, samada di mesin di airport atau di rumah, banyaknya jenis kaunter memeningkan sedikit bagi yang tak biasa. Ada kaunter bagi orang yang dah check in tapi tak print tag beg, ada yang hanya untuk drop semata-mata. Sungguh memeningkan.

5. Pemeriksaan Imigresen – untuk rakyat Malaysia, terdapat kaunter khas di mana jumlah yang melaluinya pun nampak tak ramai. Ada dua jenis, ada autogate dan ada yang manual menggunakan pegawai imigresen. YangPerjalanan ke Terminal autogate tu hanya perlu letakkan passport dalam mesin, scan tangan kita dan sudah boleh lepas. Disebabkan ABAH dan Mama membawa 3 anak kecil, maka, tak boleh guna autogate, terpaksa menggunakan kaunter manual. Tapi itupun dah cepat dah.

6. Fasiliti berdekatan terminal (antarabangsa) – Walaupun sudah masuk ke dalam kawasan terminal, masih terdapat banyak lagi restoran di dalam ini. Ada McDonalds, KFC, Burger King dan macam-macam lagi. Dahlah banyak tempat makan, tempat duduknya pun cantik-cantik. Kalaulah kita ada lama lagi sebelum masa penerbangan kita, memang dah duduk lepak dan ambil gambar dah. Lagi satu, yang ABAH rasa KLIA2 ni lebih baik dari KLIA adalah lokasi suraunya. Di KLIA, Surau hanya di kawasan tengah terminal, maknanya, kalau gate pelepasan kita jauh, maka, jauhlah terpaksa berjalan atau berlari. Tapi di KLIA2 ni, diletakkan surau walaupun kecil-kecil, tetapi sepanjang laluan ke gate pelepasan tu ada surau beserta tandas. Sangat memudahkan!

Fasiliti di KLIA2 – Kesimpulan

Kesimpulannya, KLIA2 adalah sangat selesa dibandingkan dengan LCCT dahulu. Sebagai travellers yang kepenatan dan keletihan, sudah tentu keselesaan ini sagat dihargai.