Trip Keluarga ke Bandung – Ke Lapangan Terbang

Trip Keluarga ke Bandung – Awal Pagi

Jam 7:37 pagi, pemandu teksi hubungi telah sampai di lobi kondo kita.

Pemandu teksi ABAH panggil “Abang Nasaruddin”, pemandu teksi 1Malaysia. Taqi ingat tak bila pertama kali kita jumpa uncle ni? Jumaat minggu lepas waktu kita nak pergi servis kereta untuk balik Kelantan. Uncle ni datang ambil kita menerusi GRAB. Sebab dia naik teksi besar, terus ABAH ambil nombor telefon beliau dan booking untuk teksi ke KLIA.

Dalam teksi, uncle berborak tentang kampung di mana. Kampung uncle di Bentong, Pahang katanya. Walaupun dekat je dengan KL, tapi tetap jem waktu nak balik raya.

Kita melalui MRR2 diikuti dengan MEX, jalan biasa ke KLIA.

Tiket penerbangan kita adalah AirAsia ke Bandung Husein Sastranegara International Airport (BDO) yang akan bertolak dari KLIA2 pada jam 11:50 pagi. Sebab ini kali pertama kita menaiki penerbangan melalui KLIA2, ABAH berkeputusan untuk pergi ke lapangan terbang awal sebab tak pasti kesibukan dan keadaan di KLIA2. 

Trip keluarga ke Bandung ini adalah trip sekeluarga kita yang pertama ke luar negara (bersama Taqi, Amir dan Amirah). ABAH dan Mama agak cemas juga macamana keletihan dan nak layan kerenah anak-anak ABAH dalam kapal terbang dan di sekitar Bandung. Sebab perjalanan ke Bandung ni pun dijangka hanya mengambil 2 jam 30 minit dalam kapal terbang, ianya adalah cara yang bagus nak menguji ketahanan anak-anak ABAH.

Menunggu Penerbangan – KLIA2

Kita tiba di KLIA2 sekitar jam 8:45 pagi. Setelah teksi dibayar dan beg diletak di atas troli, yang pertama ingin dibuat adalah untuk meletakkan beg-beg check in supaya kurang bebanan. Kelihatan di kawasan check in penuh juga orang beratur sana-sini. ABAH dan Mama cari penimbang dulu bagi memastikan tiada lebihan muatan (supaya tak perlu bayar lebih. Selepas menimbang dan memastikan beg tak lebih muatan, kita pergi cari kedai wrapping untuk membungkus beg check in kita. Bungkus ni bukannya apa, Indonesia ada hukuman berat untuk kesalahan memiliki dadah, jadi, ada juga banyak terdengar dalam berita yang ada orang dianiaya, beg dimasukkan dadah, akhirnya, mereka yang disabitkan bersalah. Wrapping ni nak pastikan perkara ni tak berlaku, yelah, kita bukan tahu apa jadi dalam kawasan kargo tu. Harga servis wrapping ni RM25 setiap beg. So kita balut 2 beg, total menjadi RM50.

Waktu paling awal untuk drop bag adalah 3 jam sebelum waktu penerbangan, iaitu sekitar jam 8:50 pagi. Tapi kita selesai semua sekitar jam 9.50 pagi juga. Mana taknya, ABAH dan Mama konfius nak beratur di mana. Sebab kita dah ada boarding pass, sepatutnya kita perlu drop bag sahaja. Bila kita beratur ke self drop bag (yang guna mesin automatik), tapi error pula sebab ABAH Mama ada infant, kena beratur balik dekat kaunter manual check in.

Stroller, memang ABAH dan Mama bawa khusus untuk Taqi. Taqi waktu umur dah nak masuk 5 tahun ni kerap juga protes taknak berjalanlah, letihlah pada waktu-waktu genting. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, ABAH dan Mama berkeputusan bawa stroller ke Bandung. Taqi turut dipakaikan lampin supaya tidaklah perlu ke tandas dalam perjalanan.

Tapi Alhamdulillah, semuanya selesai dan kita terus masuk ke kawasan pelepasan untuk berehat di sana. Sempatlah juga ambil gambar dalam 15 minit di luar kawasan menunggu tu, ada sedikit taman kecil tempat duduk yang agak selesa. Mama menyuap yoghurt kepada Taqi, Amir dan Amirah, maklumlah, mungkin tak boleh lepas pemeriksaan keselamatan nanti pun.

Seterusnya, disebabkan ini kali pertama kita terbang menerusi KLIA2, ABAH nak ceritakan sikit apa ada di KLIA2 ini.