Balqis Restaurant Putrajaya: Makanan Arab yang Menyelerakan

Selepas berendam dalam air selama sejam setengah, ABAH tengok anak-anak semua dah keletihan dan kelaparan. Kita bergegas untuk mencari makan malam di sekitar Putrajaya. Malam ini, kita akan makan di Balqis Restaurant Putrajaya, sebuah restoran makanan Arab yang ada di sini.

Mengapa Balqis Restaurant Putrajaya?

Disebabkan kita bukanlah warga setempat, kita hanya mengikut aje cadangan TiWa yang duduk berdekatan. Disebabkan TiWa pun turut serta dalam aktiviti riadah air di swimming pool petang tadi, kita berjanji untuk berkumpul di lobi hotel secepat mungkin. Waktu maghrib dah dekat, tapi perut dah lapar ni. Mama mengajak TiWa, TiYa, TiMa dan TiJi untuk makan malam bersama.

Kita ke kereta kita di parking hotel menaiki buggy yang disediakan. Mujur muat buggy naik bersama-sama para aunties. Kemudian, kita bergerak ke tempat makan dengan konvoi bersama kereta aunties. Kereta aunties yang dipandu TiYa berada di hadapan bagi menunjukkan jalan.

Kereta menuju ke Ayer@8 di Presint 8 Putrajaya. Rasanya kali terakhir pergi ke kawasan ni sekitar 3 tahun lepas, sewaktu ABAH, Mama dan Taqi ke USA. Dulu, kawasan ni baru siap dibina, masih tidak banyak kedai dibuka, apatah lagi kedai makan. Tapi, wajah Ayer@8 pada malam ini jauh berbeza. Kita tiba sekitar jam 7:15 malam dan kawasan ini tidak kosong. Penuh kereta di sana sini. Kereta kita diberhentikan di satu kawasan dan kita turun berjalan kaki untuk mencari makanan.

Menurut Mama, aunties ingin makan nasi Arab. Jadi, TiWa selaku orang paling berpengalaman di kawasan ini ada recommendation satu nasi arab. Kita berjalan menuruni tangga dan di sana banyak pula kawasan macam taman tema kanak-kanak, ada aktiviti berbasikal, main bubbles dan macam-macam lagi. Taqi pantas tertarik dengan semua aktiviti tersebut dan minta untuk main. Tapi, ABAH kata ini bukan masanya, kita nak makans ahaja, kemudian nak balik hotel untuk berehat dan tidur. Taqi nampak sedih.

Rupa-rupanya, restoran yang TiWa nak bawa ini sudahpun ditutup. Adoi, perut dah lapar ni. Namun, TiWa selaku orang tempatan segera mencadangkan untuk makan di sebuah lagi restoran makanan Arab, Balqis restaurant Putrajaya yang hanya terletak berdekatan. Kita kembali menaiki tangga dan mencari-cari restoran ini dan akhirnya, bertemulah kita dengan Balqis Restaurant Putrajaya ini.

balqis restaurant putrajaya
Rupa restoran ini dari luar

Dah Lama Tak Makan Makanan Arab

ABAH pun sebenarnya dah lama tak makan makanan Arab, jadi menarik juga dapat merasa sikit.

Menu dihantar dan ABAH menyerahkan tugas mengorder makanan kepada Mama. ABAH hanya order Lamb Mandy untuk ABAH. Sambil Mama membelek-belek menu untuk dipesan (maklumlah, ada perut 6 orang dewasa untuk diisi), ABAH segera ke surau berdekatan yang hanya terletak di tingkat atas restoran. Alhamdulillah, bersih dan selesa suraunya.

Sekembalinya ABAH selesai bersolat Maghrib, ABAH tukar giliran dengan Mama pula. Taqi mengikuti Mama ke surau. Di meja makan pula, Amir dan Amirah sudah nampaknya tidak sabar-sabar untuk makanan sampai.

Amirah khusyuk membelek menu
Bila nak sampai makanan ni

Tak sampai 10 minit sejak ABAH balik daripada surau, satu persatu makanan dan minuman yang dipesan sampai. Nasi Mandy kambing ABAH antara yang terawal sampai. ABAH cucuk daging kambing itu dengan garfu, wah lembutnya. Dah lama tak makan kambing pula. Tapi ABAH menunggu sampai semua orang ada di meja untuk makan bersama-sama.

5 minit kemudian, Mama, Taqi dan aunties sudah selesai bersolat dan kembali ke meja makan. Dengan lafaz Bismillah, kita memulakan upacara menghabiskan makanan di meja.

Amir dan Amirah waktu ini sudah letih rasanya, asyik merengek minta didukung. ABAH cuba menyuap makanan, tetapi Amir dan Amirah tidak mahu makan lagi. Untuk Taqi, Mama order satu pasta keju yang nampak sungguh menyelerakan. Tapi biasalah, Taqi pun dah ngantuk dan ABAH yang terpaksa berkorban perut untuk menghabiskan makanan Taqi.

Review Balqis Restaurant Putrajaya

1. Harga (4/5)

Sebagai perbandingan, harga makanan di Balqis Restaurant ini sebenarnya lebih murah daripada restoran Arab lain seperti Saba, Rawsha atau Hadramawt. Satu set nasi ayam mandy untuk 2 orang baru berharga RM16. Makanan-makanan tambahan lain pun boleh dibeli dengan harga serendah Rm5 satu hidangan. 

2. Kualiti dan Rasa (5/5)

Walaupun ini adalah makanan dan restoran Arab, tapi kebanyakan makanannya telah ditwist dengan lidah dan rasa orang Malaysia dan orang Barat. Mungkin sebab restoran ini turut menyajikan makanan Barat. Bayangkan, ada makanan yang penuh dengan cheese, termasuklah makanan asal Arab.

ABAH hanya merasa nasi mandy kambing ABAH yang ABAH rasa sangar sedap. Nasinya nasi basmathi yang dimasak dengan baik. Pemenang bagi hidangan ini sudah tentu daging kambingnya. Daging kambingnya luruh dengan baik ketika dipotong dengan pisau dan bahagian dalam daging kambingnya masih juicy dan tidak kering. ABAH sangat senang hati menghabiskan sepinggan nasi.

3. Saiz Hidangan (3/5)

Kena dengan harganya yang sedikit murah berbanding restoran makanan Arab yang lain, saiz hidangannya juga sedikit kecil. Jika saiz hidangan seorang di restoran Arab biasa sebenarnya boleh dimakan 2 orang Melayu normal, di sini, saiz hidangannya diubah mengikut saiz orang Malaysia yang kecil badannya. Jadi, kalau nak order makanan di sini, orderlah dengan mindset saiz hidangan orang Malaysia, bukan orang Arab.

4. Fasiliti (3/5)

Di Ayer@8 Putrajaya ini, fasilitinya terjaga dengan baik. Berdekatan sahaja dengan restoran Balqis ini, terdapat surau lelaki dan perempuan yang cukup selesa. Jadi, kalau nak plan datang sebelum Maghrib pun berbaloi sebab boleh singgah solat sambil menunggu makanan. Tandasnya juga bersih walaupun tidak sempurna.

5. Staff (4/5)

Staffnya mesra dan baik, profesional dalam menjalankan tugas. Namun, selepas Maghrib, ketika pelanggan mula membanjiri restoran, staff kelihatan tidak cukup tangan. Berbanding waktu menunggu makanan kami tadi yang agak cepat, makanan yang kami order sebagai tambahan agak perlahan untuk sampai ke meja.

Kesimpulan

Secara umumnya, ABAH dengan senang hati boleh recommend orang lain untuk makan di sini. Ianya alternatif yang baik untuk makan nasi Arab. Kelebihannya, kalau anda bajet kurang tapi rasa nak makan nasi Arab juga, boleh makan di sini kerana harganya yang lebih murah, untuk portion yang normal untuk orang Malaysia.

Selesai makan, kita berpisah dengan Aunties dan pulang ke hotel. Di hotel, semua dah kepenatan dan selepas minum susu dan sesi bergolek di katil, semua tidur dengan nyenyaknya…

Selamat malam semua. ABAH sayang semua.