Swimming Pool Pulse Grande Hotel – Anak-anak Taknak Balik!

Alhamdulillah, selesai kita sampai ke Pulse Grande Hotel dan selesai check in ke bilik. Dan menjelang jam 5 petang, ABAH mengajak anak-anak dan aunties untuk ke swimming pool Pulse Grande Hotel. Itulah juga objektif utama kita bercuti kali ini, untuk menghabiskan masa di swimming pool Pulse Grande Hotel ini.

Swimming Pool Pulse Grande Hotel

Swimming Pool Pulse Grande Hotel ini terletak di tingkat 3 hotel, sama level dengan lobi utama kita check in tadi. Dari lobi tadi, ambil wing belah kanan sehingga hujung, ada pintu kaca untuk ke luar. Swimming Pool ini terletak di belah kanan pintu tersebut.

Antara tarikan utama swimming pool di Hotel ini adalah rekaannya yang diberi nama “infinity pool”. Infinity pool ini direka dengan salah satu bahagian dinding dibina rendah supaya kelihatan kolam renang ini tidak berpenghujung. Disebabkan swimming pool ini terletak di tingkat 3, memang cantiklah infinity pool ini lebih lagi jika berdekatan dengan waktu matahari terbenam.

swimming pool pulse grande hotel

Berdekatan swimming pool ini, terdapat tandas dan bilik persalinan lelaki dan perempuan yang selesa. Jadi, boleh sahaja turun ke swimming pool dengan memakai pakaian biasa dan menukar baju di bilik yang disediakan.

changing room pulse grande

Tempat duduk dalam bilik persalinan
gym locker
Locker disediakan
bathroom pool
Bilik Mandi

Anak-anak Mandi, ABAH Senang Hati

Sampainya kita di swimming pool ini, bersinar mata anak-anak semua. Masing-masing dah merengek dan melompat nak masuk segera. Sabar, ABAH kata, kena tukar baju mandi dulu.

Baju Taqi, Amir dan Amirah ditukar kepada baju mandi. ABAH tukarkan baju Taqi dan Amir, manakala aunty tolong tukarkan baju Amirah. Sejurus je baju dipakaikan, SPLASH, semua terjun (not literally) masuk ke dalam swimming pool. Taqi dengan pelampung orennya, Amir dengan pelampung hijau Ben10, Amirah dengan pelampung pink Hello Kitty. Disebabkan ada TiWa, TiYa dan TiJi yang nak turun ke kolam, ABAH tak perlu tukar baju dan turun sekalilah nampaknya. Boleh ABAH gunakan waktu ini untuk berehat dan membaca sikit, hehe.

Seronok betul Taqi, Amir dan Amirah. Dah tak pandang ABAH dah di atas ni. Memang seronok betul lebih-lebih lagi dilayan 3 aunties. 

daddy reading
Masa membaca yang jarang nak dapat
baby learn to swim
Amir belajar berenang
Swimming lessons for kids
Amirah dan Pelampung Hello Kitty
Mama dan anak perempuan kesayangannya

Anak-anak Taknak Balik!

Lama juga Taqi, Amir dan Amirah berendam dalam air tu. Adalah dalam sejam 15 minit. Menjelang jam 6:30 petang, ABAH ajak semua naik sebab malam ni kita nak makan malam di luar. Nak sedia solat Maghrib lagi, makan masa. Merengek semua taknak keluar. Setelah sesi memujuk, akhirnya, semua redha diangkat ABAH dan Mama ke bilik.

Episod seterusnya, makan nasi Arab!