Fasiliti Kanak-kanak di Pulse Grande Hotel

Setelah kepenatan makan di luar dan tidur lewat malam semalam, anak-anak ABAH tidur dengan nyenyak. Tetapi masih bertenaga untuk bangun awal pagi. Harini kita nak mencuba fasiliti kanak-kanak di Pulse Grande Hotel.

Breakfast Buffet Pulse Grande Hotel

Tidak ada yang lebih baik untuk memulakan hari melainkan dengan bersarapan yang berkhasiat dan enak.

Kita turun ke tingkat 1 hotel, di mana terletaknya Palm Hill Cafe yang menyajikan breakfast buffet di Pulse Grande Hotel ini. Kita memilih satu kawasan sofa yang terletak di sudut hujung restoran (bagi mengurangkan kekacauan kepada tetamu lain). Antara fasiliti kanak-kanak di Pulse Grande Hotel ini adalah kerusi makan bayi. Untuk Amir dan Amirah, pihak hotel membawakan 2 kerusi bayi yang siap bertali pinggang, mudah untuk ABAH dan Mama menikmati sarapan.

Makanan sarapannya tipikal makanan sarapan di hotel. Mencapai expectation dari sudut pilihan makanan. Terdapat nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, kaunter telur, kaunter makanan barat seperti sosej, beef bacon, baked beans, nugget, kaunter makanan cina yang meliputi dim sum dan pau kukus, kaunter makanan india yang mempunyai roti canai dan kuah dal, dan banyak lagi.

Antara yang abah sangat suka adalah croissant nya yang ringan, fluffy dan rangup di luar. Rasa butternya juga cukup kuat dan menyelerakan. Antara kelainan juga adalah kaunter buahnya di mana terdapat banyak pilihan buah seperti buahan potong seperti tembikai dan nangka, serta buahan lain seperti epal, oren, pisang dan jambu.

Di samping itu, terdapat kaunter kopi di mana boleh sahaja order apa-apa air panas untuk disiapkan fresh oleh barista bertugas. ABAH dan Mama masing-masing memesan kopi latte seperti biasa. Dan ye, kopi lattenya sedap dan hanya perlu tambah sedikit sahaja gula.

Kids Fun Room

Antara keunikan di hotel Pulse Grande Putrajaya ini adalah ianya mempunyai fasiliti untuk kanak-kanak. Antara yang menarik perhatian ABAH adalah Kids Fun Room ini yang terletak di tingkat 3 hotel, bersebelahan sahaja dengan kolam renang infiniti yang Taqi dan adik-adik mandi semalam.

Mungkin kerana kita tiba awal pagi, sebelum jam 8 pagi lagi, pintu bilik ini masih berkunci. ABAH pun bertanya kepada lifeguard yang bertugas lalu beliau pun terus membukakan pintu dan memasangkan aircond Kids Fun Room ini.

Secara umumnya, bilik ini bersaiz sederhana, selesa untuk sehingga 7-8 kanak-kanak bermain di sini. Tapi sebab kita datang awal pagi, memang takde orang lain di sini. Di bilik ini, ada pelbagai fasiliti kanak-kanak, ada meja dan kerusi kecil untuk mewarna dan menulis, ada lego, ada laluan berhalang untuk anak-anak merangkak, dan ada TV dan DVD disiapkan dengan beberapa DVD program kanak-kanak seperti Dora the Explorer dan sebagainya.

Seronok juga Taqi, Amir dan Amirah bermain dalam bilik ni. Aircond dia pun menyejukkan bilik buat menjadi selesa. Pintu kacanya pun agak ketat, jadi tak risau sangat anak-anak keluar dari bilik.

Secara umumnya, bilik Kids Fun Room ini adalah fasiliti yang menarik buat keluarga yang datang dengan anak-anak kecil. Jika anak kebosanan dalam bilik dan ibu bapa tidak larat nak melayan, bolehlah bawa ke bilik ini menghabiskan tenaga.

ABAH dan Mama terpaksa membawa Taqi dan adik-adik naik ke bilik sebab nak main dalam bath tub bilik pula, sebelum tidur siang.