Taqi dah Semakin Matang

Post ni ABAH saja nak kongsikan setelah ABAH bertemu teacher Taqi semalam, membincangkan mengenai perkembangan Taqi. Taqi dah semakin matang dan semakin berdikari kata teacher.

Tapi Mama dah terlebih dahulu tulis, jadi, ABAH tak tulis panjanglah, hanya nak share apa yang ABAH dan Mama rasa kepada Taqi:

Suasana di Rumah Membentuk Sikap Anak

 

 

 

 

 

 

 

 

Maafkan ABAH dan Mama kalau kami tak dapat menjadi ibu bapa yang terbaik, tapi percayalah, ABAH dan Mama memang bersungguh-sungguh nak memberikan yang terbaik kepada Taqi.

Taqi sekarang dah makin besar dan matang, walaupun baru berumur 4 tahun. ABAH selalu berkata kepada Mama, ingatlah kata-kata “Let me hug you a little more, before you are not so little anymore”, apabila terfikirkan keletihan menjaga anak-anak. Memori ini hanya sekali, apabila anak-anak dah besar, mungkin mereka sendiri sudah berdikari dan tidak lagi ingin dimanjakan seperti kanak-kanak. Mungkin pada waktu itu ABAH dan Mama merindukan keriuhan dan kerenah Taqi, Amir dan Amirah.

Tiada apa yang ABAH dan Mama mahukan daripada anak-anak melainkan anak-anak membesar dengan selamat, dan menjadi manusia yang baik walau tidak sempurna. Mempunyai sifat empati terhadap kekurangan dan kelemahan orang lain.