Raya di Kuantan Hambar Bagi Kita

Tahun ini, ada sedikit kelainan dengan hari Raya Aidiladha yang kita sekeluarga sambut. Kita akan menyambut hari raya di Kuantan, Pahang.

Bagaimana Boleh Raya di Kuantan?

Sebenarnya, baru beberapa bulan kita berjalan-jalan di Kuantan ni. Tapi pada waktu tu, pertama, kita tidur di Gambang yang terletak hampir 30 minit dari Kuantan. Kedua, trip kita pada waktu itu sangat singkat, malah, hanya singgah sebentar sahaja di Teluk Cempedak, tidak sempat bermain lama di sana.

ABAH dan Mama boleh tiba-tiba merancang untuk ke Kuantan pada hari Raya pertama sebab ini adalah peluang terakhir untuk kita berjalan-jalan pada cuti panjang begini sebab ABAH masih bercuti setahun. Waktu-waktu ini adalah waktu cuti panjang syarikat kita, jadi, memang waktu sesuai untuk ABAH bawa keluarga berjalan jauh.

Kenapa Kuantan? Sebab ABAH dan Mama masih belum puas berjalan di sekitar Kuantan, lebih-lebih lagi pantai Teluk Cempedak yang ABAH harap dapat anak-anak ABAH main pasir pantai dengan puas.

Setelah sampai ke rumah daripada melihat kambing aqiqah disembelih, ABAH dan Mama bergegas menyiapkan saki baki barangan untuk dibawa ke Kuantan. Anak-anak pun telah disiapkan, Taqi bertukar baju t-shirt jalan. Banyak barang Taqi, Amir dan Amirah je. Ada hampir 10 kotak susu, baju-baju, peralatan mandi, mainan-mainan penghilang kebosanan dalam kereta pun dah penuh beg.

Perjalanan ke Kuantan

ABAH dan Mama sangat berharap jalanraya hari ini tidak sesak sebab hari Raya pertama.

raya di kuantan
Team Raya di Kuantan

Melalui MRR2, baru sahaja sampai ke simpang Bukit Antarabangsa, jalan mulai sesak dan bergerak perlahan. Apa pulak ni, kata ABAH dalam hati. Hampir 20 minit juga kita berada dalam kesesakan di MRR2 itu sebelum jalan kembali lancar. Rupanya di sekitar Taman Melawati tu banyak orang berhenti tepi jalan untuk membeli lemang di gerai-gerai lemang yang dibuka di tepi jalan.

Pada waktu ini Amir sudah tertidur dalam kereta manakala Taqi dan Amirah masih bertahan.

ABAH singgah sebentar di Petronas berdekatan Wangsa Melawati untuk menambah nilai kad Touch n Go sebelum meneruskan perjalanan.

Mulanya rasa lega sebab jalan kembali lancar selepas Taman Melawati. Namun, mendekati Gombak, jalan kembali perlahan dan sesak. Nun jauh di sana, ABAH nampak kenderaan beratur panjang ke susur keluar arah ke UIAM dan Kuantan. Aduh, sesak lagi hari ini.

Dan sungguh, kesesakan itu berterusan sehingga ke tol Gombak. Selepas tol, jalan masih agak perlahan dan sesak, sehinggalah ke susur keluar Genting Highland. Jalan kembali lancar selepas itu. Lahh, ramai yang beraya di Genting Highland rupanya. Kita raya di Kuantan, orang lain raya di Genting.

Singgah di RnR Gambang

Jam menunjukkan jam 1 petang, tapi kita di atas jalanraya menuju ke Kuantan. Jalan lancar dari Karak sekarang kita di area Gambang, dalam 30 minit lagi untuk sampai ke Kuantan.

Asalnya nak berhenti awal sikit di RnR Temerloh untuk makan tengahari, tapi sebab masa ni, Amir, Amirah dan Taqi pun nyenyak tidur, ABAH dan Mama berkeputusan untuk teruskan perjalanan sehingga semua bangun, barulah kita berhenti untuk makan.

Dan menghampiri Gambang, Amir terbangun mengejutkan semua yang lain, dan ABAH pun memperlahankan kereta apabila kita mendekati RnR Gambang.

Perut ABAH dan Mama dah lapar. Dalam ABAH nak angkat Amir keluar kereta, terbau pula Amir membuang air besar. Jadi, kita singgah sebentar di bilik salin lampin di sini. Yang ABAH suka di RnR Gambang ini, selain kawasannya luas dan selesa, kemudahan salin lampin juga mudak diakses di samping bersih dan selesa. Disediakan meja untuk salin lampin dengan sinki untuk mencuci tangan ibu bapa di dalam bilik persalinan itu sendiri.

Amirah menegur kembarnya yang baru selesai ‘urusan’

Lepas selesai menyalin lampin, ABAH dan Mama pun memikul semua ke kawasan makan. Ternyata semua orang masih berhari raya. Hanya ada 3 sahaja warung makan dibuka. Ingat nak makan nasi berlauk, tapi hampa. Akhirnya ABAH hanya makan nasi ayam biasa sahaja.

Setelah habis makan, kita kembali masuk ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke ibu negeri Pahang, Kuantan.

Tiba di Kuantan

Menjelang jam 1:45 petang, kita sampai ke susur keluar Kuantan. Kita melalui jalan kampung selama 10 minit melalui Indera Mahkota untuk menuju ke Kuantan. 

Kita terus menuju ke hotel yang telah ABAH buat reservation terlebih dahulu, Zenith Hotel Kuantan. Senang nak nampak dari jauh sebab ni antara bangunan yang tinggi di Kuantan ni, yang lain semua rendah belaka.

Jadi, apa aktiviti hari raya di Kuantan ni?