Kolej Matrikulasi Pahang – Ziarah Raya

Pada hari kedua kita di Kuantan, Mama memaklumkan yang Atok Abah dan Atok Ma datang ke Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang bersama-sama dengan TiWa, TiYa, TiMa dan TiJi. Jadi, ABAH dan Mama pun mengubah rancangan untuk ke Kolej Matrikulasi Pahang tengahari ini.

Kali Kedua ke Kolej Matrikulasi Pahang

Kali pertama kita sekeluarga menjejakkan kaki ke sini adalah pada awal ABAH bercuti dahulu. Amir dan Amirah rasanya belum lagi boleh berjalan waktu ini. 

Kita bertolak keluar dari hotel ke Gambang dalam jam 2 petang. ABAH memilih untuk melalui lebuhraya walaupun perlu membayar tol, untuk perjalanan yang lebih lancar. Boleh je nak lalu jalan bandar ke Gambang, tapi dulu pernah kita lalu sini, terlalu banyak simpang dengan traffic light, hampir 1 jam juga perjalanan Kuantan ke Gambang.

Untuk ke susur keluar lebuhraya juga memerlukan hampir 10 minit, kemudian, 10 minit di atas lebuhraya dan 10 minit dari susur keluar Gambang menuju ke Kolej Matrikulasi Pahang.

Tiada Aktiviti Khusus, Anak-Anak Seronok Bermain

Disebabkan asalnya ke Gambang ni tiada dalam perancangan, maka, ABAH dan Mama tidaklah mempunyai apa-apa aktiviti khusus untuk dilakukan di sini, sekadar ingin bertemu Atok Abah dan Atok Ma beserta aunties yang lain.

Amir macam biasa, tertidur dalam perjalanan. Sampainya di hadapan blok apartment pensyarah Matrikulasi, Amir bangun dan merengek. 

Tapi, apabila pintu rumah TiNis dibuka, Taqi, Amir dan Amirah melompat kesukaan kerana melhat wajah-wajah yang rajin melayan anak-anak ABAH. Riuh sekampung suara para aunties disertai jeritan Taqi, Amir dan Amirah.

Di dalam kolej matrikulasi ini, sudah tentu perlu manfaatkan kemudahan sedia ada. Jadi, Mama mengajak aunties untuk bermain dengan anak-anak ABAH di taman permainan berdekatan. ABAH hanya duduk di rumah sebab tak mahu aunties jadi awkward bermain dengan anak-anak.

Mama hanya tunjukkan gambar dan video aktiviti anak-anak kepada ABAH:-

kolej matrikulasi pahang