Review Zenith Hotel Kuantan – Lokasi, Lokasi dan Lokasi

Setelah hampir 2 jam 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, akhirnya, sampailah juga kita ke ibu negeri Pahang, Kuantan. Dan kita terus menuju ke hotel yang telah ditempah, Zenith Hotel Kuantan. Di sini ABAH tulis sikit review Zenith Hotel Kuantan ni untuk panduan yang terbaca blog ni.

Review Zenith Hotel Kuantan – Lokasi yang Strategik

1. Lokasi yang Strategik

Zenith Hotel Kuantan ni merupakan satu hotel 5-bintang yang terletak di bandar Kuantan, berdekatan dengan stadium Darul Makmur dan hanya berhadapan dengan East Coast Mall. Dari jauh, memang tak akan terlepas pandang hotel ini kerana akan terlihat dua menara yang tinggi, belah kiri merupakan Zenith Hotel Kuantan, dan sebelah kanan adalah Zenith tower.

Mengapa ABAH katakan lokasinya strategik?

  1. Kerana hotel ini terletak betul-betul di tengah Kuantan dan berdekatan untuk ke tempat-tempat tarikan pelancong di Kuantan seperti Teluk Cempedak, Indera Mahkota dan sebagainya
  2. Hotel ini juga terletak hanya berhadapan dengan East Coast Mall, sebuah shopping complex yang menempatkan pelbagai jenis kedai dan restoran, jadi, kalau rasa tak mahu makan di hotel, bolehlah menapak sahaja lintas jalan ke East Coast Mall ni. Ada Starbucks, Manhattan Fish Market, Seoul Garden, Nando’s dan banyak lagi kedai-kedai lain pun.

2. Kemudahan Parking

Yang menarik mengenai hotel ini adalah bangunannya bersambung dengan Sultan Ahmad Shah Convention Centre (SASICC). Ruang parking hotel bersambung dengan ruang parking convention centre ni, jadi, memang sangat banyak ruang parking kosong (kecuali jika ada konferens berlangsung).

Bagi tetamu hotel, parking adalah percuma. Anda hanya perlu bawa tiket parking ke ruang lobi hotel untuk validation sebelum boleh keluar daripada parking secara percuma.

3. Kemudahan Bilik

Tak sah kalau tak komen pasal bilik kan? ABAH menempah bilik Deluxe King size. Dengar macam gempak, tapi bilik deluxe adalah bilik taraf terendah di hotel ini, haha. Selain daripada bilik deluxe adalah suite yang kita hanya mampu lihat sahaja.

Saiz bilik adalah sederhana besar, kecil sedikit berbanding bilik deluxe di hotel Pulse Grande Putrajaya. 

review hotel zenith kuantan

Hiasan dalamannya lebih moden walaupun adalah tanda-tanda usang akibat kurangnya maintenance, tapi semua tu takdelah signifikan sangat.

review zenith hotel kuantan

4. Internet WiFi

WiFi di sini adalah percuma untuk tetamu hotel. WiFinya sangat memberangsangkan, stabil dan laju. Cuma anda perlu untuk log in dengan username dan password yang diberikan sewaktu mendaftar masuk, setiap kali anda nak reconnect dengan WiFi di sini.

5. Kemudahan Hotel Lain

Bahagian ni ABAH nak cerita panjang sikit. Memandangkan ini adalah hotel 5 bintang, maka, terdapat beberapa expectation mengenai fasiliti di sini.

Pertama, kemudahan kolam renang. Terletak di tingkat 3 hotel, swimming pool di hotel ini adalah berkonsep outdoor, infinity pool. Disebabkan lokasinya di tingkat atas bangunan, keadaan angin kadang-kadang kuat. Tapi, seronok sebab dapat melihat panorama Kuantan.

Kedua, antara yang unik dan ABAH suka di hotel ini adalah disediakan Kid’s Fun Room di tingkat yang sama dengan swimming pool ini. Secara amnya, bilik ini ada permainan asas kanak-kanak seperti bola, lego, gelongsor dan buaian kecil dan ruang rehat ibu bapa.

Bilik seumpama ini pun turut ada di hotel Pulse Grande Putrajaya dan ideal untuk percutian keluarga dengan anak kecil. Kalaulah dah bosan takde tempat lain nak pergi, sekurang-kurangnya boleh bawa anak-anak ke bilik ini untuk mereka membuang tenaga yang banyak tu.

Ketiga, di sini ada juga kemudahan gymnasium yang merupakan kemudahan percuma untuk tetamu hotel, menarik kan. Ini berbeza berbanding beberapa hotel lain seperti hotel Bangi Putrajaya yang memerlukan pembayaran untuk satu-satu sesi. Ianya merupakan satu kelebihan dalam review Zenith hotel Kuantan ini.

Kesimpulan Review Zenith Hotel Kuantan

Jika datang ke Kuantan, Zenith Hotel Kuantan ini merupakan antara penginapan terbaik di Kuantan, lebih-lebih lagi untuk keluarga dengan anak kecil. Point terpenting hotel ini adalah pada lokasi strategiknya yang memudahkan untuk ke mana-mana. ABAH recommend!