Dropbox vs Onedrive – Perbandingan Personal Cloud Storage

Dalam zaman moden ini, data menjadi sangat berharga. Namun, sepertimana barangan fizikal, data juga perlu disimpan dan ini memerlukan ruangan khas. ABAH membandingkan Dropbox vs Onedrive vs Google Drive sebagai Personal Cloud Storage.

Cloud Storage

Apa itu cloud storage? 

Zaman dahulu kala, orang menyimpan data komputer menggunakan disket atau yang dipanggil Floppy disc. Taqi mesti tak pernah tengok disket ni. Tak banyak pun data boleh disimpan dalam disket ini, tapi pada waktu itu sudah dikira banyak. Disket ini boleh dibawa ke mana-mana dan data dalam tu boleh diakses dengan memasukkan disket berkenaan ke dalam komputer pada zaman tu.

dropbox vs onedrive

Zaman berganti dan data semakin banyak perlu disimpan. Kemudian, orang mula menyimpan data di dalam CD, DVD atau kemudiannya BluRay, di mana semuanya dalam bentuk cakera.

Bila zaman makin moden, orang sudah mampu menyimpan lebih banyak data dalam pendrive yang kemudiannya dicipta semakin kecil lalu dipanggil thumbdrive. Hanya cucuk sahaja thumbdrive dalam mana-mana USB Port, maka, bolehlah data yang disimpan tadi dibuka semula.

Namun, dengan kecanggihan teknologi dan availability internet di semua tempat, muncullah satu teknologi penyimpanan data yang dipanggil cloud. Cloud ni merupakan satu sistem simpanan di mana kita menggunakan internet untuk upload data kita lalu disimpan di dalam server yang terletak boleh jadi di mana-mana dalam dunia ni, dan kalau kita nak tengok balik data kita, hanya perlu masuk internet. Teknologi simpanan cloud ni memudahkan data untuk diakses di mana-mana, asalkan ada internet.

Dropbox vs OneDrive vs Google Drive

Di sini ABAH hanya bandingkan 3 jenama utama personal cloud storage. Kesemua jenama ini mempunyai kapasiti untuk install software di dalam komputer kita lalu mencipta folder untuk sync dan upload ke server mereka. Jadi, jika mahu simpan file kita dalam cloud storage ni, hanya perlu copy paste file ke dalam folder yang khusus tu lalu boleh buat benda lain sambil komputer sync ke internet.

Dan disebabkan ABAH dan Mama memerlukan kurang dari 1TB, jadi, ABAH hanya tengok dan bandingkan pakej 1TB sahaja.

DropboxOneDriveGoogle Drive
Basic Free Storage2GB5GB15GB
Tambahan Storage PercumaSehingga 20GB
Harga Langganan 1 TB$8.25 sebulan
(RM34 sebulan)
RM22.41 sebulanRM42.99 sebulan
Features Tambahan Langganan 1 TBTak banyak beza dengan versi PercumaLangganan Office 365 dalam pakej dan keselamatan yang lebih tinggi
Pakej Space Lebih KecilTiada, 1TB merupakan langganan paling kecil selepas edisi percumaPakej 50GB jika anda tidak memerlukan 1TBPakej 100 GB jika anda tidak memerlukan 1 TB

Secara umumnya, semua jenama menawarkan harga storage yang lebih murah per GB, tetapi tidak guna juga untuk langgani storage besar andai tidak digunakan, bukan?

Pilihan Alternatif – Memasang Sendiri Personal Cloud Storage di Rumah

Terdapat satu lagi pilihan ABAH, iaitu dengan membeli sendiri dan memasang Personal Cloud Storage System di rumah. Caranya dengan membeli sendiri hard disc (1TB boleh dapat sekitar RM500) di mana hard disc ni boleh sahaja disambungkan ke internet dan ada apps untuk menyambungkan file di semua gajet kepada hard disc ini.

Cumanya, ianya akan menjadi masalah kalau internet tiba-tiba terputus saat kita tiada di rumah dan memerlukan beberapa dokumen penting. Kedua, keselamatan hard disc itu sendiri, samada kalau rosak atau dicuri, maka, hilanglah terus data kita tanpa ada backup. Berbanding perkhidmatan seperti Dropbox vs Onedrive vs Google Drive ini di mana data kita disimpan dalam datacenter yang dikawal rapi dari sudut keselamatan, reliability internet dan sebagainya, jadi lebih boleh diharap untuk kita akses data-data kita dengan cepat.

Pilihan ABAH: OneDrive

Atas pertimbangan-pertimbangan di atas, ABAH memilih untuk melanggan pakej 1TB OneDrive, kebanyakan data adalah data perniagaan di samping mudah menggunakan software yang sedia ada untuk menguruskan fail dan dokumen kita.