Aktiviti Anak-Anak di Muar

Selesai minum petang di Muar Soup House, kita bergerak ke Tanjung Emas yang terletak dalam 2km sahaja daripada pusat bandar Muar. Sebenarnya, terdapat banyak aktiviti anak-anak di Muar ni, lebih-lebih lagi di kawasan Tanjung Emas ini.

Cuaca Petang yang Baik

Petang ini cuaca nampaknya sangat baik. Tidak terlalu panas dan tidak pula hujan. Memang sangat baik untuk aktiviti luar.

Kita meletakkan kereta di ruangan parking di sebelah dataran Tanjung Emas ini. Tempat letak kereta di sini adalah percuma.

Taqi, Amir dan Amirah bersinar-sinar mata melihat pelbagai aktiviti di tengah-tengah dataran Tanjung Emas ini. Ada kereta elektrik, ada main buih, ada basikal dan macam-macam lagi di tempat yang luas ini. Di dataran ini juga terdapat penjual-penjual mainan dan alatan permainan untuk disewakan. Banyak betul aktiviti anak-anak di Muar ni.

aktiviti anak-anak di Muar
Muka tak sabar nak main

Menaiki Kereta Elektrik

Aktiviti pertama yang ABAH pilih (itupun sebab anak-anak menjerit-jerit nak) adalah kereta elektrik. Terdapat dua jenis kereta, yang kecil dan yang besar. Yang kecil boleh naik seorang dan yang besar tu boleh naik berdua. Ada pilihan untuk dikawal alat kawalan jauh atau anak-anak boleh kawal sendiri.

Harga untuk sewa kereta kecil adalah RM6 untuk 15 minit manakala untuk kereta besar tu, RM12 untuk 15 minit. ABAH menyewa 2 kereta kecil untuk Amir dan Amirah dan satu kereta besar untuk Taqi. Kereta kecil tu ABAH dan Mama kawal seorang satu manakala Taqi mengawal sendiri kereta besar warna merah.

Tapi, baru saja Amir naik dan ABAH gerakkan kereta Amir, Amir menangis ketakutan. Amirah nampak rileks sahaja atas tu, menikmati pemandangan sambil Mama menggerakkan kereta. Akhirnya, Amir menaiki kereta bersama dengan Taqi atas kereta besar tu, barulah Amir tak nangis.

Taqi dan Amir berkongsi kereta
Amirah rileks di atas kereta

Setelah habis 15 minit, Amirah didukung dan untuk Taqi dan Amir, ABAH bayar lagi tambahan 15 minit sebab nampak masih tak puas.

Menaiki Basikal Sekeluarga

Lepastu, Mama ada idea pula sebab nampak satu basikal berbumbung 4 kerusi untuk sekeluarga. Jom naik basikal ni sekeluarga, ajak Mama. ABAH pun layanlah.

Harga menyewa basikal ni adlah RM20 untuk 30 minit. Sebenarnya ini adalah 2 basikal biasa yang disambungkan di tengah dan diubahsuai tempat duduk supaya ada 2 baris. ABAH dan Mama masing-masing back carry Amir dan Amirah menggunakan Andrea SSC manakala Taqi duduk di tempat duduk belakang.

Gambar Sekeluarga

Tak sampai minit kita mengayuh, Mama dah menyesal dengan idea ni. Basikal ni dah usang, tayarnya pun dah kempis, sangat berat nak kayuh dan nak belok. Jalan yang perlu diambil pula adalah jalanraya di mana kenderaan lain pun guna.

Sempatlah kita berpusing kawasan Tanjung Emas tu sebelum memulangkan basikal selepas 20 minit kayuhan. Berpeluh Mama dan ABAH.

Banyak Aktiviti Anak-Anak di Muar

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti anak-anak boleh dilakukan di tanjung Emas ini sahaja, tapi masa tak mengizinkan. Hari dah semakin gelap dan anak-anak pun nampaknya dah letih. Masa untuk balik ke hotel dan berehat.