Riadah Pagi di Tanjung Emas

Setelah perut kenyang (sangat kenyang) membaham sate untuk sarapan tadi, seperti ABAH dah janjikan, ABAH bawa anak-anak untuk riadah pagi di Tanjung Emas, tempat sama kita beraktiviti petang semalam.

Taman Permainan Sudah Cukup Menggembirakan Anak-anak

Tidak perlu ke taman tema, tidak perlu aktiviti-aktiviti kompleks, cukup apabila kereta diletakkan di tepi jalan dan kelihatan taman permainan kanak-kanak, sudah cukup mengukir senyuman pada bibir Taqi khususnya, dan Amir Amirah tidak terkecuali.

Pagi ini cuaca cerah. Sebab masih awal pagi, suhu masih belum panas terik lagi, cukup sesuai untuk riadah pagi di Tanjung Emas ini. 

ABAH dan Mama suka betul taman permainan di Tanjung Emas ini, sebab lokasinya yang bertebingkan muara sungai Muar. Pagi-pagi macam ni memang nyaman dengan angin laut bertiup disusuli kicauan burung. Kawasan taman permainan ni pun nampaknya diselenggara dengan baik dan keadaannya bersih.

Taqi, Amir dan Amirah berlari-lari menaiki gelongsor dan turun dengan pantas. Seronok betul rupanya. Penuh bertenaga semuanya. Amir sesekali akan cari ABAH dan Mama minta dukung. Taqi dan Amirah sudah tentu, sangat yakin dan tak pandang Mama ABAH dah.

ABAH Mama menggunakan masa ini untuk melayan Taqi, Amir dan Amirah bermain. Semua anak-anak baik, ikut je pergi ke program-program Mama ABAH. Pagi ini, program anak-anak pula.

riadah pagi di tanjung emas

Puas main gelongsor, anak-anak nak naik buaian pula. ABAH ajar Taqi buai sendiri dengan menolak lantai dengan kaki. Amirah ditolah ABAH. Rileks je nampak Amirah berbuai. Amir masa ni dah cranky nak berdukung dengan Mama.

Amir Amirah sebut “air, air”

Selesai Riadah Pagi di Tanjung Emas

Menjelang jam 9 pagi, Amir sudah merengek dan asyik minta didukung. Itu tanda Amir sudah letih dan masa untuk balik hotel dan tidur. Bila ABAH ajak balik, Amirah berulang kali sebut “tak nak” sambil menggelengkan kepala. Akhirnya, ABAH terus mendukung Amirah masuk ke kereta. Menjerit jugalah Amirah kena paksa dengan ABAH. Suka sangat main taman ni. Takpe, lainkali kita pergi lagi.