Dunia Korporat Yang Melesukan

Bunyinya macam negatif. ABAH tahu ABAH tidaklah sepatutnya bersikap negatif apatah lagi tidak bersyukur dengan keadaan semasa. ABAH tahu terlalu ramai lagi di luar sana yang tidak bernasib baik seperti ABAH dan mungkin menginginkan kerjaya seperti ABAH.

Namun, walaupun baru sebulan kembali ke dunia korporat, ABAH terasa sangat lesu.

Kerja ABAH Sekarang

ABAH telah diberikan 4 private equity fund yang mana kesemuanya telahpun diluluskan Jawatankuasa Pelaburan PNB. Tugas ABAH adalah untuk memastikan kesemua funds ini sempurna proses completionnya.

Proses completion ini termasuklah dari sudut agreements, segala borang KYC sehinggalah proses menandatangani segala perjanjian oleh CEO syarikat.

Setiap hari ABAH masuk ke pejabat, di hadapan ABAH ada 4 timbunan kertas yang merupakan dokumen-dokumen berkaitan pelaburan yang ABAH perlu isi dan pastikan semua maklumat di dalamnya betul untuk ditandatangani nanti.

ABAH perlu berurusan dengan peguam-peguam lantikan syarikat serta peguam yang dilantik pengurus dana (yang semuanya adalah dana luar negara) untuk memastikan semua dokumen sempurna. Pening juga ABAH dibuatnya apabila terpaksa membaca kesemua dokumen-dokumen tersebut.

Tapi, dalam kesibukan ni, ABAH rasa kosong.

Hari Jumaat

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Asalnya ABAH memohon cuti untuk hari ini sebab Amir dan Amirah masih belum sembuh sepenuhnya daripada chicken pox, dan staf di Cozy Baby pun dijangkiti chicken pox, oleh itu, Mama terpaksa untuk menjaga kedai.

Tapi, menjelang semalam, Mama kata Amir dan Amirah nampak dah semakin sihat dan cergas.

Jadi hari ini, ABAH bersiap seperti biasa, bangun pagi dan menggosok baju selepas mandi. ABAH pakai kemeja lengan panjang baris berwarna peach.

ABAH masuk pejabat sekitar jam 8:20 pagi, buka emel, balas apa yang patut, menyambung kerja mengisi borang-borang PE Fund ini dan menjelang jam 10 pagi, masuk ke bilik mesyuarat untuk mendengar presentation daripada Management Trainee yang dah hampir 3 minggu attach dalam department ini.

Melihat tenaga mereka ini, ABAH terkenang diri ABAH ketika pertama kali melapor diri di PNB sekitar 8 tahun lalu. Memang bersemangat nak belajar semua perkara dan semua benda nak buat all out. Tapi, umur bertambah telah menyebabkan ABAH tersandar dan mengakui diri ini keletihan. Sistem korporat ini menyesakkan.

Mama, Taqi, Amir dan Amirah ke Butik

Mama mengangkut semua: Taqi, Amir dan Amirah menaiki GRAB ke butik awal pagi lagi. Hari ini ada seorang pelajar intern melapor diri di butik. Mama perlu ada untuk brief beliau kerja apa yang perlu dilakukan.

Jam 5:30 petang, ABAH keluar daripada pejabat dan meluru menaiki kereta menuju ke butik. Alhamdulillah, jalan tidak sesak mana walaupun petang Jumaat. Jam 6 petang, ABAH sampai di hadapan pintu butik dan menjemput kesemua kesayangan ABAH untuk balik ke rumah bersama-sama.

Dalam perjalanan balik, Mama singgah sebentar di 99 Speedmart untuk membeli roti dan maggie sikit, buat bekalan bila perlu di rumah.

Usai mandikan semua anak-anak, semua tidur dalam jam 7:45 petang dengan mudah, akibat keletihan seharian di butik.

Esok ABAH cuti ye anak-anak!