Sabtu ABAH dan Anak-anak

Hari Sabtu tiba. Amir dah tak perlu risau, hari ini ABAH tak pergi kerja. ABAH akan duduk di rumah dengan anak-anak. ABAH pun lega kerana akhirnya, dapat masa berharga bersama anak-anak

Mama Perlu Bekerja

Tapi, walaupun ABAH cuti, tetap, kita masih tidak boleh ke mana-mana.

Pertama, sebab Amir dan Amirah baru sahaja sembuh daripada terkena chicken pox. Masih lagi terdapat kesan-kesan parut yang agak jelas pada muka, kaki dan tangan Amir dan Amirah (Amir lebih teruk sebab Amir suka garu luka kering di muka, kaki dan tangan Amir.

Kedua, hari ini Mama perlu bertugas di butik. Staff mama yang sepatutnya bertugas hari ini MC sebab kenca chicken pox juga. Ni ABAH rasa berjangkit dengan Taqi, macam Amir dan Amirah juga kesnya.

Seawal jam 8 pagi, Mama telah keluar memanggil GRAB untuk ke butik. Taqi asalnya nak ikut Mama, siap dah tunggu di luar rumah untuk ke butik bersama Mama. Tapi ABAH pegang Taqi tak bagi ikut dan kunci grill. Taqi menjerit sekuat hati memanggil Mama.

Di Rumah

ABAH sendiri agak mati kutu nak buat apa di rumah. Taqi, Amir dan Amirah pun serupa juga. Jadi, jam 8:30, ABAH buka televisyen, saluran Nick Jr sebab ada episod baru Paw Patrol kegemaran Taqi, Amir dan Amirah.

Ada dua episode baru Paw Patrol bersiaran pagi ni. Sekitar jam 9:15, selepas tamatnya episod kedua Paw Patrol ini, ABAH tutup televisyen untuk anak-anak buat aktiviti lain. Tiada aktiviti khusus, Taqi, Amir dan Amirah hanya free play main di sekitar rumah.

Menjelang jam 11 pagi, ABAH siapkan susu Amir dan Amirah untuk tidur di dalam bilik. Taqi kata Taqi taknak tidur, dan Taqi nak duduk di luar bilik berseorangan.

Amir dengan mudah sahaja selepas habis sebotol susu, terus terlelap. Amirah pula, setelah dibedung dan habis sebotol susu, mata masih berkelip-kelip dan kemudian mengerang nak dilepaskan daripada bedung. ABAH gagal menidurkan Amirah. ABAH lepaskan Amirah sebab bising takut membangunkan Amir yang dah lena tidur.

Sambil-sambil ABAH tidurkan Amir, ABAH terasa lapar dan order Texas Chicken menerusi aplikasi Grab Eat. Walaupun Texas Chicken ada hanya di hadapan blok rumah kita sahaja, tapi apakan daya, disebabkan anak-anak di rumah sedang tidur, terpaksalah bayar juga kos penghantaran tu.

ABAH order 5 ketul ayam beserta 2 ketul biskut roti Texas Chicken yang sedap tu, beserta 2 bungkus kentang goreng. Menjelang jam 12 tengahari, Amir terbangun dan Texas Chicken yang dipesan pun tiba sekitar waktu yang sama.

ABAH menyuapkan ayam kepada Taqi, Amir dan Amirah. Taqi dan Amir berselera makan ayam goreng, Amirah macam biasa, nak taknak je makan ni, haih.

Bermain di Tingkat 5

Menjelang petang, selepas solat Asar, ABAH membawa anak-anak ke tingkat 5 rumah kita, untuk semua berlari dan membuang tenaga yang banyak tu. Seperti biasa, kita ke kawasan batu bata refleksologi tu untuk anak-anak bermain.

Walaupun tidak ada permainan khusus di sini, tapi, kawasan yang luas ni sudah cukup menggembirakan anak-anak ABAH. Taqi meluru berlari berpusing-pusing sekitar kawasan ini, Amir dan Amirah turut berlari tapi taklah sejauh Taqi.

Kita melihat bunga, daun, burung serta Amir dan Amirah seronok mengutip sampah dan masuk ke dalam tong sampah. Bagus anak-anak ABAH, menjaga kebersihan.