Trip ke Jepun – Day 3 (Memburu Makanan Halal Osaka)

Setelah perjalanan yang selesa menaiki Shinkansen, alhamdulillah, kita tiba di stesen Shin-Osaka pada jam 3PM. Petang ni ABAH tiada plan melainkan untuk mencuba makanan halal di Osaka ini.

Menyelesaikan Tugasan Dahulu

Tapi, sebelum memburu makanan halal Osaka ni, ABAH perlu siapkan beberapa urusan mengenai perjalanan kita supaya masa kita di Osaka tenang dan tersusun.

makanan halal osaka

ABAH mencari stesen JR Ticket untuk buat seat reservation Shinkansen dari Shin-Osaka ke Kyoto yang abah jadualkan pada lusa, 15 Ogos 2019 (Khamis). ABAH pun beraturlah menunggu giliran. Apabila sampai giliran, ABAH bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membuat reservation seat ke Kyoto, namun, pegawai tersebut berkata bahawa tidak boleh buat reservation Shinkansen pada 15 Ogos kerana ada ancaman taufan Krosa. Alamak, ada jangkaan taufan? ABAH sejujurnya baru tahu. Perasaan risau menyelebungi diri ABAH. Macamana dengan perancangan-perancangan kita di sini?

Tugasan membeli tiket ke Kyoto tidak dapat dilakukan. Oleh itu, kita terus ke tempat menunggu teksi untuk menaiki teksi ke AirBnB kita. ABAH dan Mama tak larat dah nak naik metro untuk ke AirBnB kita dengan bagasi-bagasi yang banyak ditambah anak-anak kecil lagi. Naik je lah teksi walaupun agak mahal.

Sampai di AirBnB

AirBnB kita terletak dalam 20 minit sahaja menaiki kereta daripada stesen Shin-Osaka. Shin-Osaka ni merupakan stesen yang terletak jauh sedikit daripada pusat bandar berbanding stesen tren Osaka.

Lokasi AirBnB kita ni agak strategik. Hanya beberapa stesen sahaja daripada stesen Namba, stesen di mana terletaknya pusat tarikan pelancong di Osaka ni yang dikenali sebagai Dotonbori. AirBnB kita ni hanya terletak 5 minit sahaja berjalan kaki daripada stesen metro Daikokucho.

Teksi tiba di hadapan AirBnB, cumanya teksi berhenti di seberang jalan sahaja. Kita menolak beg melintas jalan dan ABAH membaca manual untuk menekan kod pintu automatik. Kemudian, ABAH memasukkan kod bagi mendapatkan kunci daripada peti surat. Di dalam terdapat satu lagi kunci berkod yang perlu dibuka bagi mendapatkan kunci rumah. Nombor rumah kita 604, di tingkat 6. Mujur ada lif, walaupun lifnya sempit muat-muat kita sekeluarga berlima.

Pintu dibuka dan akhirnya kita selamat tiba dan check-in ke dalam AirBnB yang kita tempah di Osaka ini. Saiznya agak kecil, lebih sempit berbanding AirBnB kita di Tokyo, tetapi lokasinya yang berdekatan dengan metro serta dengan tarikan-tarikan utama di Osaka ni membuatkan ABAH memilih lokasi ini.

Dari pintu utama AirBnB tu, akan dijumpai terus kawasan kecil untuk meletakkan kasut. Di sebelah kanan adalah tandas dan di sebelah kiri adalah bilik mandi dan mesin basuh baju. Di hadapan ada satu lagi pintu di mana itu merupakan ruang tamu yang kecil dan ruangan penyediaan dapur yang kecil. Bersambung dengan ruang tamu ni merupakan bilik tidur yang dipisahkan hanya dengan pintu kayu sliding. Dua katil queen terhampar di hadapan mata.

Taqi, Amir dan Amirah terus melompat naik ke katil dan sungguh teruja masuk ke tempat baru. Habis semua ceruk rumah ni diteroka 3 beradik ni.

Baru je masuk, Taqi dah tengok merata-rata

ABAH Mama pun berehat sebentar dan bersolat Jamak Zohor dan Asar, salin lampin anak-anak dan tibalah masa untuk kita meneroka bandar Osaka!

Cumanya perut lapar disebabkan kita hanya makan ringan (onigiri) untuk tengahari, jadinya, petang ini memang objektif utama adalah untuk mencari makan malam awal kerana perut sudah lapar.

Makanan Halal Osaka: Halal Ramen Naritaya

Kalau ikut google maps, restoran Halal Ramen Naritaya ni hanya 14 minit sahaja perjalanan kalau naik metro dan jalan kaki. Tapi dengan anak-anak kecil ni, ABAH anggarkan dalam 25 minit juga perjalanan kita.

Kita bertolak keluar dalam jam 4:45 petang. Dari AirBnB, kita berjalan ke stesen Metro Daikokucho. Di situ, ABAH membeli kad IC ICOCA (kad nama ICOCA ni dibeli di Osaka tetapi boleh juga digunakan di sekitar Kanto seperti Kyoto dan Nara (kad SUICA Tokyo tak boleh digunakan di Nara).

Kita hanya memerlukan 2 kad ICOCA sahaja sebab kanak-kanak bawah 6 tahun tak perlu bayar, jadi hanya ABAH dan Mama sahaja perlu. Nak gunakan kad ICOCA ni macam Touch N Go sahaja, hanya perlu letakkan sahaja di atas tu dan pintu tu akan dibuka untuk kita lalu.

Dari stesen metro Daikokucho, kita menaiki Midosuji line dan berhenti di stesen Shinsaibashi. Dari stesen Shinsaibashi ni, perlu menapak dalam 5-10 minit juga untuk ke restoran ini.

Waktu dah sampai di restoran ni, perut dah memang tersangat lapar dah, dan ditambah pula dah berjalan bawa Taqi, Amir dan Amirah, memang sangat harapkan dapat makan dengan cepat.

Di hadapan restoran ini memang ditulis logo Halal jadi memang sangat menyenangkan hati dan boleh makan dengan yakin.

Restoran ni tidaklah besar, ada sekitar 20 tempat duduk sahaja. Mujurlah waktu kita datang petang ni, kedai agak lengang, mudahlah untuk kita berlima sekeluarga cari tempat duduk. ABAH Mama memilih tempat duduk di ceruk belakang kedai sebab nak elakkan anak-anak menganggu ketenteraman pelanggan lain.

makanan halal osaka
Menu restoran Naritaya Osaka
menu naritaya osaka

Salah seorang pekerja di restoran ni merupakan warga Indonesia. Jadi, mudah nak pesan makanan sebab cakap je bahasa Melayu. Atas recommendation beliau, ABAH dan Mama order Special Naritaya Ramen noodle untuk kita cuba dan rasa. ABAH turut order wagyu beef croquette sebagai makanan tambahan.

Dalam 10 minit, tibalah makanan yang kita order tadi. Baunya sungguh menyelerakan, maklumlah, dah lapar. Nampak menyelerakan makanan ni dengan sup yang nampak likat, hirisan ayam yang nampak empuk serta sebiji telur rebus dipotong dua.

Mengenai ramen: Ramen merupakan mi Jepun yang biasanya dihasilkan menggunakan gandum dan ditarik dengan tangan (hand-pulled). Biasanya ramen akan dihidangkan dengan kuah berupa sup berperasa dan dihidangkan dengan hirisan daging, ayam atau khinzir bagi masyarakat Jepun.

Sejujurnya, ini merupakan kali pertama ABAH makan ramen, jadi ABAH sendiri tak pasti apa nak expect. ABAH mulakan dengan menghirup sedikit sup ni. Memang ABAH rasa sedikit masin, tapi kuat rasa stok ayam yang seperti dipanggang. Tambah pula dengan rasa umami yang kuat hasil renehan sup itu dengan rumpai laut. Walaupun masin sedikit, tapi masih sangat menyelerakan!

Taqi, Amir dan Amirah berkongsi semangkuk lagi hidangan ramen ni yang ABAH bahagi dalam tiga pinggan yang berbeza. Semua anak-anak ABAH memang makan dengan laju, lapar juga semua rupanya.

Semua lapar
ABAH lapar sangat tu tengah melahap
Bahagian dalam restoran

Selepas puas makan ramen, datang pula wagyu croquette dan red bean ice cream. Yummy.

makanan halal osaka
Wagyu Croquette
makanan halal osaka
Red Bean Ice Cream